6 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Beli Stroller Untuk Baby Baru Lahir

Shares

Stroller merupakan salah satu gadget baby yang agak pricey. Jadi kalau boleh kita mestilah nak beli stroller yang baby boleh pakai sejak baru lahir hingga sekurang-kurangnya umur 3 tahun.

Budak kan cepat membesar.

Kami sendiri pun memang agak cerewet dalam pemilihan stroller. Selain dari boleh guna lama, kami suami isteri juga nak stroller yang ringan mudah angkat sebab kami berdua ni kecil je orangnya.

Kalau masa travel nak angkut stroller, memang kalau boleh nak stroller yang berat macam angkat beg baju ringan je.

6 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Beli Stroller Untuk Baby Baru Lahir

Jom saya kongsikan 6 perkara perlu ambil kira sebelum beli stroller untuk baby baru lahir.

1/ Seat yang boleh dibaringkan sepenuhnya

Tulang baby baru lahir amat lembut. Jadi baby baru lahir memang perlu baring sepanjang masa.

Jangan didudukkan sebab bimbang tulang baby tak kuat dan akan rosak.

Oleh sebab itu kalau nak pilih stroller untuk baby baru lahir pun, kena pilih yang boleh baring sepenuhnya.

Saya lupa pula jenama stroller pertama kami. Tapi stroller tersebut memang seatnya boleh baring sepenuhnya dan juga boleh terus dinaikkan sehingga boleh duduk.

By the time usia baby dah 6 bulan ke atas, baby dah boleh duduk, mesti tak nak baring-baring ni. Jadi kita dah boleh dudukkan baby.

Credit gambar : democratandchronicle.com

2/ Safety harness

Asalnya saya tak berapa titik beratkan tentang safety harness stroller atau ala-ala seat belt stroller.

Tapi syukur lah stroller kami ada safety harness yang cukup untuk buat kami lega letak baby dalam tu.

Mengikut bacaan saya mesti ada 5 point.

Bukan apa, baby baru lahir masih sangat kecil. Jadi safety harness ni supaya baby tak tergelincir keluar dari stroller.

3/ Ada lock/brake pada tayar

Tayar stroller mesti boleh lock especially bila kita nak parking stroller.

Ini penting supaya takde lah tiba-tiba stroller bergerak sendiri tanpa pengetahuan kita. Kalau jalan berbukit, lagi lah penting benda ni.

4/ Kanopi (optional)

Biasanya kami cabut kanopi ni sebab kita biasa bawa stroller jalan dalam mall.

Kanopi ni bagus untuk lindungi baby dari cahaya matahari yang terik.

5/ Mudah pusing

Sebelum beli, test tolak tarik stroller tu. Kalau boleh pilih yang boleh pusing 360 darjah.

Kadang-kadang kita masuk satu kawasan tu, memang kena selit-selit, tak boleh jalan ke depan saja atau ke belakang straight saja.

Bila tayar stroller boleh pusing 360 darjah, boleh lah kita nak cuba selit-selit stroller di tempat yang laluannya agak curvy.

6/ Ketinggian pemegang stroller

Bagus pilih yang pemegang stroller tu pada paras pinggang kita supaya kita mudah boleh tengok keadaan baby dalam stroller.

Apa-apa pun, dalam bab pemilihan stroller, jangan berkira sangat untuk belanja.

Sebab bila kita dah beli stroller yang betul-betul menepati citarasa dan keperluan keluarga, insya-Allah biasanya tahan 3-5 tahun guna.

Berbaloi-baloi.

Dan mesti cuba betul-betul sebelum beli tau.

P.s : Boleh baca tambahan review dan tips beli stroller untuk newborn dari website The Stroller Site ini.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.