6 Makanan Yang Boleh Menyebabkan Migrain Semasa Mengandung

Shares

Lain orang, lain sebab yang trigger migrain semasa mengandung.

Jadi untuk pastikan betul-betul apa yang membuatkan kita migrain, seeloknya catat selalu apa yang kita makan pada hari tersebut.

Nanti bila migrain seterusnya datang, check semula apa yang kita makan dalam masa 24 jam sebelum itu; dan boleh lah kita elak makanan yang suspected membuatkan kita migrain.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa jenis makanan yang berkemungkinan besar boleh mencetuskan migrain kepada ibu mengandung.

Setiap orang tak sama.

1/ Pemanis tiruan

Biasanya ada dalam makanan dalam tin atau makanan segera. Selalu juga banyak didapati dalam air kotak atau air tin

2/ Nitrit dan nitrat

Sejenis pengawet dalam makanan. Ia biasanya terdapat dalam daging, hot dog, sosej dan salami.

Nitrit dan nitrat ini dikatakan meluaskan salur darah dan menyebabkan sesetengah orang boleh sakit kepala.

Credit gambar : mosaicscience.com

3/ Jeruk

Mengandungi terlalu banyak gula dan garam yang menyebabkan badan kita dehidrasi. Badan yang dehidrasi boleh membuatkan migrain senang datang.

4/ Makanan yang terlalu sejuk

Contohnya makan aiskrim terlalu laju atau minum air sejuj berais dengan cepat-cepat.

Selalunya migrain akan menyerang bila masa tu badan kita panas sebab baru lepas berjalab kaki dan kita nak cepat-cepat sejukkan badan, atau waktu itu cuaca sangat panas dan kita nak cepat-cepat sejuk.

Perubahan suhu dalam badan secara tiba-tiba ini boleh menyebabkan migrain menyerang tiba-tiba.

5/ Kafein

Kafein biasanya didapati di dalam air kopi, air coklat atau makanan berasaskan coklat dan teh.

Kafein bertindak mengecutkan salur darah dan ini boleh menyebabkan migrain menyerang.

Minum sikit-sikit boleh, tapi check berapa cawan kopi yang badan kita boleh tolerate dalam masa 24 jam supaya migrain tak menyerang.

6/ Cheese

Cheese yang perlu dielakkan adalah cheese yang mengandungi kandungan tyramine yang tinggi.

Ada pakar menyatakan tyramine merangsang penghasilan sejenis kimia dalam otak yang dikenali sebagai norepinephrine yang menyebabkan sakit kepala.

Antara cheese yang mengandungi kandungan tyramine yang tinggi termasuklah

  • Blue cheeses
  • Brie
  • Cheddar
  • English stilton
  • Feta
  • Gorgonzola
  • Mozzarella
  • Muenster
  • Parmesan
  • Swiss

Banyak lagi makanan yang boleh menjadi punca tercetusnya migrain. Yang penting, jika sekali kita dah kena, jangan makan lagi dah.

Insya-Allah di lain masa saya akan kongsikan makanan yang bagus untuk ibu mengandung yang sering migrain.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755
Whatsapp : 019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.