6 Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Semasa Mengandung

Shares

Tekanan darah tinggi semasa mengandung yang tidak dikawal akan mengganggu pengaliran darah kepada baby melalui plasenta.

Ini akan menyebabkan kelahiran pra-matang, baby tak cukup berat atau lebih kecil dari yang sepatutnya dan masalah plasenta pecah (placental abruption)

Tekanan darah tinggi semasa mengandung boleh di kawal.

Antaranya adalah dengan :

#1: Relaks

Kajian mendapati relaks atau menenangkan diri membantu menstabilkan tekanan darah. 

Antara cara untuk relaksasi termasuklah mendengar lagu yang menenangkan, berurut atau acupuncture.

#2: Bersenam

Bersenam tak perlu yang berat. Cukup berjalan kaki 30 minit sehari.

Senaman membantu menguatkan jantung yang bekerja mengepam darah ke seluruh tubuh. Ia juga mengelakkan apa-apa masalah pada dinding salur darah.

Bincang dengan Gynae sebelum anda ambil keputusan untuk buat apa-apa jenis senaman.

#3: Monitor Tekanan Darah

Boleh dapatkan alat untuk monitor tekanan darah di rumah, biasanya ada jual di farmasi.

Ambil bacaan pada waktu anda paling relaks dan tenang. 

#4: Jaga makan

Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Amalkan juga pemakanan seperti lemak sihat iaitu Omega-3 yang biasanya terdapat dalam ikan.

Elakkan terlalu banyak garam dalam masakan.

#5: Kawal berat badan

Ya walaupun mengandung, kita sebaiknya kawal berat badan mengikut berat badan mengandung yang sihat.

Elakkan obese semasa mengandung. 

Mengandung bukan tiket untuk kita makan sebanyak-banyaknya. Sebaliknya sebab mengandung lah kita perlu lebihkan makanan yang sihat dengan portion yang betul di samping elak atau kurangkan makanan yang kurang sihat yang menyebabkan pelbagai penyakit yang tak diingini.

Nutrien yang diperlukan oleh baby dan badan kita ada dalam makanan sihat, bukan makanan rapu atau makanan tidak sihat.

#6: Banyakkan minum air

Banyakkan minum air untuk mengelakkan bengkak di kaki.

Bila kita banyakkan minum air, baru lah pengaliran bendalir dalam badan akan lancar. Kalau kita tak banyak minum air, badan terpaksa simpan air yang ada sebab takut dehydrated.

Ini menyebabkan bengkak pada kaki yang secara tak langsung mengganggu salur darah. Dan kemudian menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Jaga lah makan dan gaya hidup untuk kesihatan baby dalam rahim dan kesihatan kita sebagai ibu mengandung.

Ibu mengandung yang sihat Insya-Allah menyokong perkembangan baby dalam rahim yang terbaik.

Enjoy your pregnancy!

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Sumber :

https://www.whattoexpect.com/pregnancy/pregnancy-health/hypertension-during-pregnancy/

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.