5 Vitamin dan Nutrisi Penting Untuk Ibu Mengandung

Shares

Trimester adalah singkatan untuk fasa 3 bulan kehamilan.Trimester pertama adalah tempoh kehamilan dari bulan pertama hingga bulan ketiga.

Pemakanan ibu mengandung pada trimester pertama adalah sangat penting dititikberatkan kerana waktu begini, pertumbuhan fetus adalah sangat cepat dan laju.

Organ bayi sangat cepat berkembang pada setiap saat dan pada setiap perkembangan, ia sangat memerlukan nutrisi yang seimbang dan cukup.

Credit gambar : Parentune.com

5 jenis  vitamin dan zat yang perlu ada di dalam pemakanan ibu mengandung di trimester pertama

  1. ProteinMenurut BabyCenter, protein adalah binaan asas untuk sel dalam tubuh ibu dan bayi.Sel pula adalah bahan asas untuk membentuk organ, sistem tubuh seperti sistem darah dan tisu.

    Antara makanan yang kaya protein termasuklah kekacang, ikan dan telur.

     

    Yogurt pun bagus untuk makanan ibu mengandung
    Yummy protein!
  2. Asid FolikAsid folik penting untuk pembentukan saraf bayi dan mengelakkan kecacatan pada tulang belakang bayi atau dikenali sebagai spina bifida.Antara contoh pemakanan yang kaya dengan asid folik yang sesuai untuk ibu mengandung termasuklah buah oren, sayur hijau dan kentang. 
    Spina Bifida
     
  3. Vitamin B6BabyCenter menyatakan pemakanan makanan yang mengandungi Vitamin B6 penting untuk mengelakkan rasa loya ibu mengandung.Peanut butter, ikan salmon dan kekacang sangat kaya dengan Vitamin B6
  4. Zat BesiSemakin membesar usia kandungan bayi, semakin bertambah jumlah darah yang perlu di pam oleh jantung ibu.Zat Besi penting untuk mengangkut oksigen di dalam darah yang semakin bertambah.

    Zat Besi juga penting untuk memastikan ibu kekal cergas bertenaga.

    Ayam, tuna dan daging lembu kaya dengan Zat Besi.

  5. KalsiumBayi mengambil kalsium dari darah ibu untuk membentuk tulang.Kalsium juga penting untuk sistem saraf dalam tubuh bayi, membina jantung yang kuat dan otot bayi yang kuat. 

    Jika pemakanan ibu mengandung tidak cukup dengan kalsium, tulang ibu mudah rapuh.

    Ibu mengandung memerlukan 1,000 – 1,200 mg kalsium sehari.

    Menurut Idea Fit, pakar juga menyatakan ibu perlu cukup kalsium untuk mengelakkan situasi tekanan darah tinggi dan pre eclampsia.

    Makanan yang kaya dengan kalsium termasuk lah makanan tenusu, bayam dan broccoli.

    Walau bagaimanapun, ibu turut disarankan untuk mengambil supplement kalsium untuk memastikan bekalan kalsium ibu benar-benar cukup.

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.