5 Tips Sahur Ibu Mengandung Supaya Kekal Cergas Bertenaga dan Dapat Puasa Penuh

Shares

Masa mengandung ni lah kita rasa macam heaven kan, sebab boleh puasa penuh.

Tapi itu pun bergantung kepada kesihatan kita sebenarnya. Kalau ada rasa semacam macam nak pitam ke, dehydrated ke, memang kena buka puasa.

Credit gambar : healthanddietmagazine.com

5 Tips Sahur Ibu Mengandung Supaya Kekal Cergas Bertenaga dan Dapat Puasa Penuh

Hari ini saya nak kongsikan buat ibu yang mengandung tapi nak berpuasa penuh, macam mana supaya kita kenyang dari sahur sampai ke maghrib waktu berbuka nanti. Pendek kata supaya dapat lah puasa penuh sebulan.

#1 : Makan makanan yang low GI atau karbohidrat kompleks

Senang kata makanan yang perang-perang. Contohnya seperti beras perang atau roti perang.

Sebabnya makanan sebegini melepaskan tenaga sedikit demi sedikit ke dalam tubuh kita. Jadi kita boleh bertenaga Insya-Allah dari lepas Subuh hingga petang sebelum berbuka, walaupun mengandung.

Contoh lain adalah seperti Oat.

Oat memang bantu kita untuk kenyang lama. Boleh cuba buat Overnight Oat campur dengan kurma, atau kismis atau pisang.

Lagi pilihan makanan low GI.
Credit gambar : http://forhomeremedies.com

#2 : Elakkan gula putih

Gula putih ini membuatkan badan kita dehydrated. Ianya menarik bendalir dalam badan.

Bila kita dehydrated, kita akan cepat haus, lebih-lebih lagi lah semasa mengandung.

Jadi apa-apa air manis, atau makanan manis seperti biskut atau kuih, elakkan semasa sahur. Dikhuatiri makanan sebegini hanya akan buat kita bertambah lapar.

#3 : Banyakkan minum air masak

Banyakkan minum air masak semasa berbuka untuk mengelakkan dehydration.

Ingat, air merupakan salah satu medium utama untuk bantu salurkan nutrisi kepada baby. Jadi usah biarkan badan kita dehydrated.

#4 : Sahur minum air berelektrolit tinggi

Kalau sahur, adalah bagus untuk minum minuman berelektrolit tinggi sebab ianya mempunyai keupayaan untuk hold bendalir dalam badan dalam jangka masa lama.

Contohnya adalah seperti Performance Drink.

Kalau kita minum air kosong banyak-banyak waktu sahur, nanti pagi kita akan kerap kencing kan, sebab kena buang air masak tadi.

Tapi kalau minum Performance Drink, tak lah kerap sangat perlu buang air.

#5 : Elakkan makanan berminyak

Makanan berminyak dikhuatiri menyebabkan kita sakit ulu hati.

Gantikan dengan sumber protein yang di grill, di bakar atau kalau masak pun menggunakan minyak yang sikit.

Contohnya seperti ayam percik, ayam grill atau kebab. Protein seperti ayam sangat bagus untuk bantu ibu mengandung bertenaga dan cergas sepanjang hari.

Ok lah lain masa nanti saya kongsikan contoh resipi sahur yang mudah untuk ibu mengandung ya.

Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu mengandung untuk dapat puasa penuh bulan Ramadhan ini tanpa apa-apa masalah kesihatan.

Salam Ramadhan.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.