5 Tips Perah Susu Untuk Ibu Bekerja

Shares

Assalamualaikum pejuang-pejuang susu ibu. Hari ini Ezzah akan kongsikan 5 tips perah susu untuk ibu bekerja. Seperti ibu di luar sana, Ezzah pun bekerja tapi still mampu untuk perah susu walaupun jadual waktu bekerja agak padat. Jangan cepat putus asa ya ibu-ibu.

1. Jadual Sasaran Mengepam Anda.

Ini merupakan contoh Jadual Sasaran Mengepam untuk digunakan semasa anda bekerja. Ibu perlu target kuantiti oz yang diminum oleh bayi untuk sekali. Jika waktu pulang, lebih baik buatkan direct feeding kepada bayi anda. Jangan terlalu melihat kepada kuantiti kepada berapa oz yang anda perolehi kerana ini akan membuatkan anda berasa kecewa jika susu yang anda pam peroleh sedikit.

Image result for jadual pam susu

2. Bersyukur

Kita sebagai umat Islam seharusnya sentiasa bersyukur atas segala yang diberikan oleh Allah S.W.T. Apabila ibu-ibu bersyukur anda akan rasa Masya-Allah nikmatnya. Jika susu perahan sedikit, Alhamdulillah. Walaupun sedikit, masih ada lagi. Jika banyak, sebut la…

 Alhamdulillah

 Alhamdulillah

 Alhamdulillah

3. Alatan Mengepam

Ezzah cadangkan ibu-ibu yang bekerja untuk membeli pam yang elektrik dan boleh dicas. Ada pam yang murah dan yang mahal. Tetapi Ezzah nak beritahu mahal atau murah harga pam susu belum menentukan kejayaan penyusuan anda. Pam elektrik double sangat sesuai untuk ibu bekerja kerana dapat menjimatkan masa sesi memerah susu kerana anda boleh mengepam kedua-dua belah payudara pada waktu yang sama. Susu juga akan keluar dengan lancar kerana pam kedua-dua belah payudara.

 Related image

  •    Ini pam yang Ezzah beli memang berbaloi-baloi. Murah tetapi suction dia sama macam medela fs. Kemudian ada button pause, dan ada 3 mode. Massage mode, expression mode dan heavy expression mode (untuk yang ada masalah bengkak susu).

4. Perlu Bertenang

Pada pendapat Ezzah, semasa mengepam, ibu-ibu perlu dalam keadaan tenang dan rilex kerana faktor ini juga mempengaruhi pengeluaran susu anda. Ezzah pernah pam susu dalam keadaan yang agak kelam kabut dan hasil susu yang Ezzah dapat sedikit sahaja berbanding hari lain. Jadi, ibu-ibu perlulah mengepam susu dalam keadaan yang tenang ye. Xmau stress2…Hehe…

5. Pengambilan Supplemen @ Vitamin

Seperti Ezzah yang bekerja ni, memang memerlukan pengambilan vitamin supaya Ezzah bertenaga sepanjang hari. Kita perlu tahu, apabila kita mengepam susu, badan kita akan cepat letih, lesu dan kurang bertenaga. Perut juga cepat lapar. Supaya Ezzah bertenaga sepanjang hari, Ezzah mengambil Set Penyusuan Shaklee.

Image result for set penyusuan shaklee

Pengambilan set ini telah melengkapkan lagi pejuangan Ezzah untuk menyusukan bayi sehinggan umur 2 tahun. In sha Allah. Terdapat banyak manfaat jika ibu menyusu mengamalkan set ini. Ibu boleh klik pada butang ini untuk mengetahui khasiat set penyusuaan ini.  https://creamsvitamin.com/set-penyusuan-shaklee-knp-saya-jatuh-cinta/  Jika berminat boleh contact Ezzah.

Fb: Ezzah Nadia Yacob

Id: 1235424

Wassap : 010-9116558

 

 

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.