5 Tips Kurangkan Bengkak di Kaki Semasa Mengandung

Shares

Masa mengandung, selain badan kita mengembang, kaki pun nak ikut mengembang sekali.

Kaki mengembang ini normal. Ia disebabkan oleh terlalu banyak cecair yang badan kita simpan semasa mengandung.

Ia juga disebabkan oleh semakin besar rahim kita, semakin ia menekan salur darah dan mengganggu pengaliran darah yang lancar ke jantung.

Cecair yang banyak ini penting untuk melembutkan badan ibu yang mengembang untuk menyokong pertumbuhan baby yang sihat dalam rahim.

Tapi kaki kembang ni kita boleh kurangkan. Ye lah, ada antara kita tak mau beli kasut baru semata-mata hanya sebab kaki mengembang 2-3 bulan masa mengandung kan.

Lepas bersalin Insya-Allah kaki akan mengecut semula.

5 tips mudah kecutkan semula kaki yang mengembang semasa mengandung :

1/ Elakkan terlalu lama berdiri atau terlalu lama duduk

Kalau kita kerap berjalan, ambil masa rehat untuk duduk sebentar. Kalau kerja kita memang memerlukan kita duduk, ambil masa sebentar untuk berjalan.

Kalau terlalu lama berada dalam satu posisi, pengaliran darah dan cecair dalam badan kita kurang lancar dan boleh menyebabkan bengkak pada kaki.

2/ Letak kaki ke atas

Kalau waktu duduk atau berbaring, cuba ambil kerusi kecil atau bantal, dan letak kaki atas kerusi kecil. Ini juga bantu melancarkan pengaliran darah yang baik antara hujung kaki ke bahagian jantung.

Credit gambar : YouTube Life Coach

3/ Tidur mengiring

Cuba untuk tidur mengiring ke kiri. Ia mengelakkan rahim yang semakin membesar daripada menekan buah pinggang.

Bila buah pinggang tak tertekan, ia dapat buat kerja sendiri iaitu proses toksik dalam badan dan buang toksik sekaligus mengurangkan bengkak pada kaki.

4/ Bergerak

Bergerak maksudnya berjalan kaki macam biasa. Boleh jalan luar rumah, dalam pejabat, di taman; asalkan berjalan.

Berjalan-jalan membantu melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ibu mengandung. Kalau tak rajin berjalan, darah yang terlalu banyak dalam badan kita akan berkumpul di satu temoat saja, dan ini akan menyebabkan bengkak.

5/ Minum banyak air masak

Badan kita dah banyak cecair, kena minun banyak air lagi?

Ya. Tapi pastikan ianya adalah air masak.

Air masak bagus untuk bersihkan badan kita dari kotoran dan toksik dari makanan yang kita makan.

Jadi bila kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, air masak akan bantu bersihkan badan kita sekaligus kurangkan bengkak pada kaki.

Pernah cuba mana-mana tips di atas? Jom kongsikan di ruangan komen.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755
Whatsapp : 019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.