5 Tips Bertenaga Semasa Terawih Untuk Ibu Mengandung

Shares

Mata kuyu dan layu sejurus selepas berbuka. Siapa biasa macam tu?

Kalau tak mengandung pun sama je kan. Lepas berbuka je rasa mengantuk yang amat.

Tapi sayang lah pula kalau tak join solat terawih sebab setahun sekali je. Habis Ramadhan, dah tiada solat terawih.

Jadi kalau untuk kita-kita ibu mengandung ni, macam mana nak pastikan yang kita pun boleh sertai solat terawih sekurang-kurangnya 8 rakaat setiap malam?

Kalau boleh nak join berjemaah di masjid.

5 Tips Bertenaga Semasa Terawih Untuk Ibu Mengandung

Jom saya kongsikan 5 tips bertenaga selepas berbuka.

#1: Amalkan makan kurma dahulu

Bila kita berpuasa, badan kita kekurangan gula sebab tak makan seharian. Jadi normal sangat lah bila teringin nak makan pelbagai jenis kuih dan manisan.

Sebabnya badan kita nak top-up kekurangan gula dalam badan. Gula bertugas untuk bagi tenaga.

Tapi jangan terus makan kuih-muih. Mulakan sekurang-kurangnya dengan 3 biji kurma terlebih dahulu, dan minum air masak.

Kurma ini mengandungi gula kompleks. Ianya mampu beri tenaga dalam masa cepat dan singkat terus rasa bertenaga semula.

Kalau tak minat kurma, boleh lah makan 2-3 biji kuih terlebih dahulu, kemudian solat maghrib.

Bukan apa, kita tak nak makan ikut nafsu.

Bila makan ikut nafsu, terlalu banyak gula dalam badan boleh menyebabkan badan lesu. Lebih-lebih lagi selepas maghrib kita mana pakai tenaga banyak sangat, dah malam.

Jadi gula tersebut tak dapat ditukar semuanya kepada tenaga, jadi lah ia melesukan badan.

#2: Banyakkan minum air masak

Untuk tampung kekurangan air dalam badan masa siang tadi dan supaya badan kita kekal hydrated.

Bila badan kita well hydrated, insya-Allah baru lah lebih bertenaga nak solat terawih selepas isyak.

#3 : Banyakkan makan sayur dan buah-buahan

Sebagai bekal serat untuk elak sembelit dan juga supaya kita betul-betul kenyang.

Sayur-sayuran hijau sangat kaya dengan asid folik dan B Complex yang bagus untuk pertumbuhan baby dalam rahim.

#4 : Elakkan makanan berminyak

Kalau boleh elakkan makanan pedas atau berminyak kalau kita perasan kita jenis ada sakit ulu hati atau heartburn.

Kadang-kadang makanan berminyak ni pun boleh buat kita rasa lemau dan lesu tak bertenaga. Lebih-lebih lagi badan yang sedang mengandung.

#5 : Ikut kemampuan diri

Kalau dah agak sarat dan perlukan solat sambil duduk atas kerusi, bawa lah kerusi lipat ke masjid.

Tak perlu segan lah.

Kalau tak nak solat atas kerusi, cuba rehat di antara beberapa rakaat. Sebagai contoh lepas 2 rakaat terawih, rehat sekejap.

Kemudian imam mula rakaat ke-6, kita sambung ikut. Allah tak pernah nak membebankan hamba-Nya.

Apa-apa pun, semua ikut pada kemampuan dan kesihatan diri kita. Usah paksa diri.

Tapi jaga lah pemakanan kita agar makan makanan yang sihat-sihat dan elakkan makanan berminyak, deep-fried dan makanan rapu.

Yang manis-manis tu kalau tak boleh elak, kurangkan lah.

Salam Ramadhan & Enjoy Your Pregnancy!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.