5 Tips Atasi Sembelit Semasa Mengandung

Shares

Sembelit semasa mengandung berlaku disebabkan oleh kandungan hormon progesterone dalam badan kita lebih tinggi berbanding biasa semasa kita mengandung.

Hormon ini menyebabkan pergerakan di bahagian dubur menjadi sangat perlahan dan menyebabkan makanan yang sepatutnya dibuang melalui najis mengambil masa yang lama untuk dibuang, dan sekaligus ini menyebabkan ibu mengandung senang kena sembelit.

Rahim yang semakin membesar pada masa yang sama juga menekan bahagian dubur, maka bertambahlah rasa susah nak membuang.

Tapi tak semestinya asal mengandung je, kena hadap sembelit.

Kita boleh atasi sembelit masa mengandung dengan 5 cara berikut :

1/ Banyakkan makan makanan berserat

Seperti contoh buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan sebegini sangat mudah lawas dan tak ambil masa yang lama untuk di proses.

Serat dari makanan begini juga bantu untuk buangkan sisa dari makanan lain daripada sisyem badan kita dengan lebih mudah dan cepat walaupun sistem penyahtinjaan dah semakin perlahan.

2/ Kurangkan makanan berproses tinggi

Sebagai contoh makanan yang mengandungi tepung putih dan gula putih.

Gula putih sama ada dalam makanan atau dalam minuman akan menyerap banyak cecair dalam badan dan menyebabkan sembelit bertambah teruk.

3/ Banyakkan minum air

Banyakkan minum air masak atau jus buah atau jus sayur-sayuran seperti jus carrot.

Cecair membantu melembutkan najis dan sekaligus mengurangkan sembelit.

4/ Banyakkan bergerak

Bila kita banyak berjalan, dalaman badan kita pun akan bergerak sama. Pergerakan di bahagian dubur untuk keluarkan najis pun akan bergerak.

Secara tak langsung, sembelit pun akan berkurangan.

Berjalan ni tak perlu jalan sampai berpeluh. Jalan kaki 10 minit sahaja pun ok.

5/ Amalkan supplement

Supplement bertindak sebagai pelengkap nutrien dari makanan. Makanan yang kita makan pada zaman banyak pencemaran ini dah banyak hilang nutrisi asal.

Sebab itu ada yang dah banyak makan buah pun, masih datang sembelit.

Saya sarankan, untuk sembelit amalkan supplement semulajadi yang kaya zat besi dan juga kalsium. Supplement semulajadi lebih mudah diserap oleh badan.

Bila badan kita dapat serap vitamin tersebut, vitamin berkenaan boleh buat kerja dengan baik dan bantu badan kita untuk melawas dengan lebih lancar.

Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu mengandung yang sedang mengalami masalah sembelit semasa mengandung.

Jangan biar lama-lama, takut nanti jadi buasir pula.

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.