5 Tanda Anda Sedang Mengandung

Shares

Saat ibu disahkan mengandung adalah salah satu saat paling bahagia buat pasangan berkahwin.Zuriat adalah pembawa rezeki buat keluarga dan penyejuk mata ibu ayah, disamping aset terbaik buat ibu ayah di hari tua dan hari akhirat nanti.

tanda-tanda ibu mengandung

Namun jika kehamilan anda berusia di bawah 6 minggu, biasanya kit pregnancy tak berapa boleh nak detect melainkan gynae menjalankan ujian darah ke atas ibu.

Jika darah ibu mengandungi hormon Hcg (iaitu sejenis hormon yang dibebaskan oleh fetus), maka ibu akan di sahkan mengandung.

Antara 5 tanda – tanda ibu sedang mengandung:

  1. Sensitif dengan bauBila bau bawang di tumis, anda mula rasa nak muntah. Sesetengah ibu mengandung tak mampu untuk masak sendiri buat trimester pertama kerana tak tahan dengan bau tumisan bawang.Ada juga ibu yang tak boleh bau wangian atau bau suami mereka. Ini adalah normal dan fasa ini akan berakhir.
  2. MoodySama seperti di waktu kita datang haid, hormon wanita akan mula caca marba sewaktu kehamilan kerana tubuh kita sedang menerima kehadiran insan baru.Insan baru ini di kira asing bagi tubuh kita. Ia sedikit sebanyak akan menjejaskan hormon ibu dan membuatkan ibu berasa moody
  3. Tidak datang haidBiasanya perkara ini yang pertama ibu akan perasan, apabila waktu haid mula lari dan haid mula tak datang
  4. Kerap buang airMenurut WebMD, Di awal kehamilan, rahim akan mula mengembang dan menekan pundi kencing ibu.Ini akan menyebabkan ibu berasa kerap ingin membuang air
  5. Sakit payudaraSesetengah ibu akan berasa sakit di bahagian payudara. Ini kerana payudara ibu sedang mengalami perubahan untuk mula menghasilkan susu.Ada sesetengah ibu akan mendapati payudara menghasilkan susu seawal 7 bulan kehamilan.Namun jangan risau jika anda tiada susu semasa hamil, ia adalah normal.

    Susu ibu boleh di rangsang selepas bayi lahir.

Jika anda telah dapat 5 tanda-tanda mengandung di atas, tahniah diucapkan!
Enjoy your pregnancy!
Teman Hamil Anda,
Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp: 019 477 3457
Shaklee ID: 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.