5 Punca Sakit Gout Yang Anda Mesti Tahu

Gout adalah sakit di bahagian sendi yang berlaku apabila tahap asid urik dalam darah terlalu tinggi.

Kebiasaannya gout lebih cenderung menyerang lelaki berbanding wanita.

Gout selalu datang tanpa petanda, ia menyerang secara tiba-tiba dan membuatkan kaki akan menjadi merah, bengkak dan lembut sampai tidak boleh pijak lantai

Selain di ibu jari kaki, gout juga boleh menyerang mana-mana bahagian sendi termasuklah di buku lali, lutut dan di bahu.

cara merawat gout

Gout biasanya menyerang sendi di ibu jari kaki

Dari Mana Datangnya Asid Urik?

2/3 dari asid urik di dalam badan kita datangnya dari pecahan purina yang wujud secara semulajadi di dalam sel-sel badan. 1/3 lagi datang dari pecahan purina di dalam makanan dan minuman.

Purina adalah bahan kimia semulajadi di dalam badan untuk bahan binaan untuk DNA kita.

Purina juga boleh datang dari makanan dan minuman yang anda ambil dan kaya dengan purina.

Walau bagaimanapun, mempunyai asid urik di dalam darah tidak semestinya bermakna anda akan mendapat gout. Asid urik di dalam darah adalah normal dan sihat.

Kristal Garam Urik Terbentuk Bertahun-tahun

Asid urik yang berlebihan di dalam tubuh orang sihat akan di buang melalui buah pinggang untuk di buang sebagai air kencing. Tetapi jika asid urik terlalu banyak, buah pinggang tidak dapat untuk buang lebihan asid urik tersebut.

Lebihan asid urik yang tidak dapat di buang oleh buah pinggang ini akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan tahap asid urik yang sepatutnya duduk dalam badan, telah menjadi sangat tinggi.

Asid urik yang terlalu banyak dan melebihi tahap tepu yang di tetapkan akan menyebabkan pembentukan kristal garam urik.

Kristal-kristal ini biasanya akan terbentuk di dalam bahagian sendi dan di sekeliling tisu sendi di bahagian hujung jari kaki atau tangan. Sebab itu pesakit gout biasanya akan rasa sakit di bahagian jari.

cara merawat gout

Kristal asid urik di bahagian sendi ibu jari kaki

Anda sendiri tidak akan sedar semasa kristal-kristal garam ini terbentuk. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum anda mula rasa kesan sakit akibat kristal ini.

Kristal-kristal ini akan terbina secara berperingkat di dalam tulang rasan dan sendi.

Tumpahan Kristal Urik Mencetus Segalanya

Apabila terlalu banyak kristal di dalam sendi, ia menyebabkan ruang dalam sendi semakin sempit.

Bila ruang dalam sendi semakin sempit, kristal-kristal baru akan terkeluar dan melimpah ke ruang rongga sendi, iaitu ruang di antara tulang-tulang.

Fenomena ini juga dikenali sebagai tumpahan kristal.

Sakit gout mula berlaku apabila kristal yang keras berupa jarum mula tersentuh dan mencucuk-cucuk lapisan lembut pada sendi.

Serangan gout ini akan mengambil masa berhari-hari atau kadangkala boleh mencecah berminggu-minggu untuk hilang.

Ia bergantung kepada sebanyak mana kristal yang terlebih masuk ke ruang rongga antara tulang.

5 Punca Asid Urik Terlalu Tinggi

Gout di sebabkan oleh asid urik terlalu tinggi dalam badan. Asid urik pula terhasil dari pecahan purina.

Asid urik juga boleh menjadi terlalu tinggi di sebabkan oleh 5 faktor berikut :

1/ Keturunan

Faktor keturunan ini berkait rapat dengan jenis buah pinggang anda. Buah pinggang anda tidak mampu untuk buang sebanyak mungkin asid urik yang sepatutnya.

Ini bukan bermakna buah pinggang anda rosak. Buah pinggang anda mungkin sihat dan normal cuma tak boleh nak buang asid urik yang terlalu banyak.

Umpama mata sepet dan mata bulat. Mata sepet dipengaruhi oleh faktor keturunan.

Mata tersebut tidak rosak, cuma tak boleh dibuka dengan luas sebab ianya sepet di sebabkan diwarisi dari belah mak atau ayah anda.

Sebab itu faktor ini turut dikenali sebagai faktor keturunan.

2/ Berat badan

Lebih besar dan lebih berat badan anda, maka secara automatik lebih banyak asid urik yang dihasilkan oleh tubuh.

Berat badan yang melebihi average akan menyebabkan badan anda menghasilkan asid urik terlalu banyak.

Apabila asid urik terlalu tinggi sehingga melepasi tahap tepu, buah pinggang anda mungkin tidak mampu untuk buang asid urik berlebihan.

cara merawat gout

Jangan pandang rendah kepada berat badan. Ia boleh menyumbang kepada gout.

3/ Kolesterol dan gabungan beberapa penyakit

Kombinasi penyakit-penyakit berikut turut akan mengganggu kemampuan buah pinggang anda untuk menyingkirkan lebihan asid urik. Kombinasi yang dimaksudkan adalah kombinasi :

  • Tahap kolesterol dan lemak yang tinggi
  • Penyakit darah tinggi
  • Kencing manis tahap 2

Kombinasi 3 penyakit di atas turut dikenali sebagai metabolic syndrome.

4/ Masalah buah pinggang

Buah pinggang mempunyai peranan paling penting untuk buang lebihan asid urik.

Tetapi jika buah pinggang rosak akibat penyakit atau sebab-sebab yang lain, asid urik tidak dapat di buang dengan baik dan seterusnya menyebabkan sakit gout.

5/ Ubat yang diuretik

Sesetengah ubat yang diuretik (pil air) mengurangkan keupayaan buah pinggang anda untuk menyingkirkan urate berkesan.

Gout Primer dan Gout Sekunder

Kebanyakan gout adalah primer dan hasil dari gabungan beberapa faktor.

Contohnya gabungan faktor keturunan (mempunyai buah pinggang yang tidak mampu buang terlalu banyak asid urik) dengan faktor berat badan berlebihan akan menghasilkan sakit gout yang berpanjangan.

Gout sekunder adalah sakit gout yang berlaku akibat penyakit lain seperti penyakit buah pinggang dan pengambilan ubat-ubat yang bersifat diuretik.

Jika anda jenis yang cenderung untuk mendapat gout dan mempunyai kristal asid urik di dalam badan anda mungkin mahu ambil tahu 5 perkara berikut yang menyebabkan kristal asid urik tertumpah dari tulang rawan dan menyebabkan sakit gout yang agak teruk.

5 Perkara Yang Menggegarkan Kristal Di Dalam Sendi

Apabila kristal dalam sendi di gegarkan, ia boleh menyebabkan kristal-kristal tersebut terjatuh dan tercucuk bahagian sendi yang lembut.

cara merawat gout

Bayangkan kristal yang tajam ini asalnya tidak menyakitkan, tetapi dengan sedkit gegaran pada sendi, ia boleh mencucuk sehingga menyebabkan radang dan gout

5 perkara berikut boleh menjadi punca gegaran kristal asid urik :

1/ Kecederaaan di bahagian sendi yang telah pun mempunyai kristal asid urik.

2/ Sakit seperti pneumonia atau flu yang menyebabkan anda rasa macam nak demam

3/ Pembedahan – ia menyebabkan suhu badan anda naik

4/ Terlalu banyak makan atau minum alcohol

5/ Dehidrasi

Cara Mencegah Gout Daripada Berulang

Jika anda pernah mengalami gout, pasti anda tahu betapa peritnya sakit gout tersebut. Dulu semasa saya di alam persekolahan, setiap kali apak saya diserang gout, mesti terpaksa ambil cuti MC.

Ada banyak cara untuk mengelakkan gout daripada berulang termasuklah menjaga pemakanan dan berusaha untuk turunkan berat badan.

Anda juga boleh amalkan supplement untuk gout macam apak saya.

Vivix supplement untuk gout

Apak saya amalkan supplement Vivix dari Shaklee.

cara rawat sakit gout

Alhamdulillah sekarang, gout yang apak hadapi selama berpuluh tahun telah pun hilang.

–> Anda juga boleh baca pengalaman apak saya amalkan 7 botol Vivix yang saya borong 

Vivix mengandungi resveratrol.

Resveratrol membantu mengimbangi asid urik dalam badan.

–> Klik untuk ketahui apa itu Vivix

Cara untuk dapatkan Vivix

Untuk dapatkan Vivix, anda boleh order di link tempah 7 botol Vivix atau hubungi saya untuk dapatkan lebih penjimatan di :

Khadeejah Hasmad

Whatsapp : 019 477 3457

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.