5 Petanda Sakit Gout & Cara Elak Gout Berulang

Gout adalah sejenis sakit sendi yang berlaku secara tiba-tiba. Ianya sangat sakit sehingga kalau kertas yang sangat ringan jatuh di bahagian sendi yang di serang, sakit akan terasa bertambah mencucuk.

Gout akan menyebabkan sendi menjadi merah dan lembut; kebiasaannya di bahagian ibu jari kaki yang besar.

Sesiapa sahaja berpotensi untuk di serang gout. Namun begitu, golongan lelaki lebih mudah terkena gout berbanding wanita. Walaupun begitu, kajian menunjukkan wanita yang melepasi menopause telah mula ramai di serang gout.

cara rawat sakit gout

5 Petanda sakit gout

Gout juga ada sejenis sakit sendi arthritis. Anda mungkin di serang gout jika anda mengalami salah satu daripada 5 simptom di bawah :

1/ Sakit sendi

Gout biasanya akan berlaku di bahagian sendi paling besar di jari kaki anda.

Namun begitu gout juga berpotensi menyerang kaki, buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan.

Sakit yang teruk ini biasanya akan hilang dalam masa 4 – 12 jam selepas ia bermula.

2/ Denyut selepas serangan gout

Selepas sakit gout mula hilang, sendi-sendi akan rasa tidak selesa selama berhari-hari. Kadangkala ia mengambil masa berminggu-minggu untuk hilang.

Semakin kerap gout menyerang, serangan seterusnya akan mengambil masa yang lebih lama untuk hilang, dan kebiasaannya akan berlaku di lebih banyak kawasan sendi.

3/ Radang

Sendi yang diserang akan menjadi bengkak, merah dan sangat lembut. Kalau orang lain tersentuh sedikit pun, pesakit gout akan rasa pedih sangat.

4/ Pergerakan yang terhad

Semasa gout, pergerakan kaki akan jadi terhad sakit tersebut akan memaksa pesakit gout berehat dan duduk supaya sakit cepat hilang.

Kadangkala pesakit terpaksa bertongkat untuk bergerak.

5/ Penghasilan tophi

Selepas beberapa siri serangan gout, kadangkala benjolan lembut akan muncul. Benjol ini dikenali sebagai tophi.

Ianya merupakan pengumpulan kristal asid urik.

cara merawat sakit gout

Walaupun sakit gout datang secara tiba-tiba tanpa ada apa-apa amaran, anda masih boleh mengelakkan serangan daripada berlaku.

–> Baca juga 5 punca bagaimana gout terjadi

Pencetus Gout & Cara Mengelakkan Serangan Berulang

Gout merupakan petanda badan anda mempunyai tahap asid urik lebih dari yang sepatutnya.

Apabila asid urik terlalu banyak, ia akan membentuk kristal urik di bahagian sendi-sendi. Kristal ini akan menyebabkan sakit gout.

Semua jenis benda termasuk makanan, minuman, ubat-ubatan dan stress boleh menyebabkan tahap asid urik dalam badan meningkat.

Anda boleh kawal tahap asid urik dalam badan anda supaya tidak terlalu tinggi dan menyebabkan serangan gout.

Teruskan membaca.

4 Perkara Yang Mencetus Gout

Ada orang alergik kepada makanan laut seperti udang. Kalau makan sedikit sahaja udang, muka akan naik merah-merah dan satu badan rasa gatal-gatal.

Orang gout juga ada alergik mereka tersendiri. Jika langgar salah satu dari pantang ini, gout akan terus menyerang tanpa belas kasihan.

Biasanya ada 4 pencetus gout yang biasa.

#1 : Makanan

Makanan yang tinggi purina akan meningkatkan asid urik dalam badan.

Contoh makanan ini adalah seperti organ contohnya hati; makanan laut seperti sardin dan kerang. Kadangkala sayur pun boleh mencetus gout seperti sayur bayam.

Purina terdapat dalam semua makanan yang berprotein.

cara merawat gout

Makanan laut merupakan salah satu punca mencetus gout

#2 : Dehidrasi

Apabila anda tidak banyak minum air, badan akan mengalami dehidrasi.

Dehidrasi akan membuatkan tahap asid urik dalam badan anda menjadi tinggi dan membuatkan buah pinggang susah untuk buang asid urik yang berlebihan.

Jadi badan anda tak cukup air, anda akan berpotensi tinggi di serang gout secara tiba-tiba.

#3 : Ubat-ubatan

Terdapat jenis-jenis ubat yang di ambil untuk tujuan perubatan yang akan mencetus sakit gout. Contohnya ubat untuk darah tinggi dan sakit jantung.

Kadangkala aspirin pada dos yang rendah pun akan membuatkan gout datang.

Jadi apa perlu buat?

Sebelum doktor beri anda ubat, maklumkan terlebih dahulu tentang masalah gout anda.

#4 : Tekanan kesihatan

Pembedahan, pneumonia atau apa-apa prosedur hospital berpotensi untuk menaikkan tahap asid urik anda.

Oleh sebab itu, jika anda ke hospital atau sakit, maklumkan kepada nurse dan doktor yang anda ada gout.

Kenali Pencetus Gout Anda

Setiap orang mempunyai pencetus gout yang berbeza. Ada yang tersalah makan hanya sedikit sahaja; gout akan datang menyerang.

Ada yang makan kerang banyak pun, gout tak datang. Tetapi bila tak cukup minum air, kaki akan terus tak boleh berjalan sebab di serang gout.

Secara perubatan, tiada ujian untuk periksa apa yang mencetus gout anda. Tetapi anda akan tahu sendiri selepas serangan pertama.

4 Cara Mengelakkan Serangan Gout Daripada Berulang

Jika anda pernah kena gout, anda pasti tak mahu di serang sekali lagi. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu, betul?

Gout bukan sekadar mendatangkan sakit sementara, tetapi ia juga akan merosakkan sendi yang terlibat. Apabila sendi ini rosak, ia agak mencabar untuk dipulihkan kembali.

Anda boleh mencegah gout berulang kembali dengan perlahan-lahan mengubah gaya hidup.

Saya kongsikan 5 cara yang anda boleh buat untuk mengelakkan gout daripada datang semula.

#1 : Elakkan makanan  pencetus gout

Sekarang anda pasti dah tahu makanan apa yang menyebabkan gout datang menyerang. Elakkan makanan tersebut, seboleh mungkin cari pengganti kepada makanan yang anda pantang

#2 : Ubah gaya hidup

Makan makanan yang sihat dan kerapkan bersenam atau berjoging supaya tahap asid urik anda terkawal.

Minum banyak air kosong supaya anda tidak dehidrasi. Elakkan minum minuman yang tinggi kandungan gula seperti air berfruktosa, air manis dan air gas kerana gula akan menyerap air dalam badan dan membuatkan anda dehidrasi.

#3 : Turunkan berat badan

Semakin bertambah berat badan anda, semakin mencabar buah pinggang untuk buang lebihan asid urik dalam badan.

Jika berat badan anda melebihi average, usahakan untuk turunkan berat badan untuk memudahkan kerja buah pinggang anda, usahakan untuk kurangkan berat badan.

Terdapat program turunkan berat badan tanpa perlu berlapar yang dikenali sebagai Detoks.

–> Klik untuk ketahui lanjut tentang Detoks untuk turunkan berat badan dengan sihat dan berkesan

#4 : Supplement Vivix

Sebelum ini apak saya yang memang gout selama berpuluh-puluh tahun telahpun menjalani pelbagai pembedahan dan mengambil pelbagai jenis ubat.

Akhir tahun lepas saya cuba ikhtiarkan apak dengan supplement Vivix dari Shaklee. Saya dapatkan 7 botol Vivix yang bernilai RM 3,524.50 dan minta apak habiskan.

cara rawat sakit gout

supplement kegemaran mak dan apak saya

–> Kenali apa itu supplement Vivix

Alhamdulillah apak konsisten dan sabar minum Vivix setiap hari, dan dalam lebih kurang sebulan, apak dah tak perlukan lagi tongkat untuk berjalan.

Tiada lagi sakit gout atau gout berulang. Syukur alhamdulillah.

–> Ikuti kisah apak saya yang pulih dari gout dan seronok berjalan di luar negara tanpa masalah

Anda juga mempunyai pilihan untuk mengelakkan gout daripada berulang.

Konsisten amalkan 4 perkara di atas, insya-Allah anda tak perlu lagi ambil cuti sakit MC akibat serangan gout.

Untuk dapatkan supplement Vivix macam yang apak saya amalkan, anda boleh klik link ini untuk tempah 7 botol Vivix, atau hubungi saya untuk dapatkan lebih penjimatan :

Khadeejah Hasmad

WhatsApp : 019 477 3457

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.