5 Persediaan Pakaian Untuk Baby Baru Lahir

Shares

Baru-baru ini saya bantu Mak jaga Adik saya dalam pantang. Adik saya bersalin pra-matang iaitu pada usia kandungan 34 minggu.

Tapi Alhamdulillah walaupun pra-matang, bayinya cukup berat dan tak perlu di tahan di wad.

Baby baru lahir yang menyusu susu ibu sangat cepat membesar. Jadi dari sini saya belajar beberapa perkara tentang persediaan baju untuk baby baru lahir.

Credit gambar : clothing.utopic-records.com

1/ Diapers saiz Newborn

Beli diapers saiz Newborn hanya untuk stok sebulan yang pertama. Ini kerana semakin bertambah minggu, baby yang menyusu susu ibu akan semakin tembam dan membesar.

By the time usia mencecah 1 bulan, baby ini dah perlu pakai diapers saiz S.

Dari pengalaman 2 anak perempuan dan beberapa anak saudara lelaki, kami dapati biasanya kulit baby perempuan adalah sangat sensitif.

Jadi cuba dapatkan sample beberapa jenama diapers terlebih dahulu dari klinik jika ada.

Periksa jika kulit punggung baby melecet walaupun kencing sikit sahaja, ia petanda kulit baby kita tak serasi dengan jenama diapers tersebut.

Tapi jika kulit punggung baby ok, maksudnya boleh teruskan dengan jenama tersebut.

2/ Barut pelekat

Barut pelekat memudahkan ibu bapa yang nak cepat siapkan anak berbanding barut berikat.

Bayangkan baby sedang meragam menangis, mungkin nak kena dokong untuk ditenangkan, kita pula kalut nak ikat satu persatu tali barut.

Bertambah berangin lah perut baby sebab menangis.

Kalau barut pelekat, zap zup zap, boleh terus dokong baby.

Yang penting baby tak menangis terlalu lama, risau kembung perut dan pada masa yang sama barut tetap pakai supaya tak masuk angin.

3/ Baju berbutang

Lebih mudah jika baju baby berbutang yang boleh klik terus berbanding kena masukkan butang dalam sarung.

Sekali lagi ini memudahkan di waktu baby sedang meragam.

4/ Pelbagaikan jenis baju

Untuk permulaan kita pun masih nak mengenali baby sendiri.

Ada baby jenis suka panas. Kalau kena aircond, baby jenis ini akan meragam.

Ini adalah situasi sepupu Hannah semasa baru lahir. Duduk dalam klinik pun tak boleh sebab klinik ada aircond, baby ni tak suka.

Ada pula baby jenis nak aircond. Kalau cuaca panas sikit, mula lah kulit naik ruam merah penuh muka dan badan.

Ini adalah situasi Hannah semasa baru lahir. Dia tak meragam, tapi habis penuh pipi, kepala dan badan Hannah merah jika panas.

Jadi pelbagaikan jenis baju untuk permulaan ini.

Baju berlubang jika cuaca panas. Baju lengan panjang untuk pakai malam. Baju lengan pendek untuk siang hari.

5/ Baju 2 pieces atau romper?

Dua-dua pun ok.

Cuma kalau baby buang air besar yang kerap, baju 2 pieces memang memudahkan keadaan sebab kita hanya perlu tarik seluar.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Lain masa saya kongsikan lagi ya.

Boleh kongsikan di ruangan komen, macam mana persediaan baju baby baru lahir anda?

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.