5 Menu Sahur Mengenyangkan Untuk Ibu Mengandung

Shares

Bila sedang mengandung ni kita memang agak concern bab sahur, kan.

Kalau boleh nak cari menu yang boleh buat kita bertahan hingga waktu berbuka tapi pada masa yang sama tak menjejaskan kesihatan baby dan kita sendiri.

Saya nak kongsikan menu sahur yang sesuai untuk ibu mengandung untuk kenyang lebih lama.

Sebelum itu saya kongsikan juga pantang-larang sahur yang saya sendiri amalkan.

Antaranya adalah

1- Elakkan nasi putih

Seboleh mungkin saya memang elak makan nasi putih dan gantikan ianya dengan roti perang.

Sebabnya roti perang adalah karbohidrat kompleks, manakala nasi putih tidak. Karbohidrat kompleks melepaskan tenaga dalam badan kita perlahan-lahan, jadi membolehkan kita rasa bertenaga sepanjang hari.

Alhamdulillah memang nampak perbezaan antara sahur saya dengan roti perang berbanding nasi putih.

2- Elakkan makanan berminyak

Sebabnya bila kita mengandung, dikhuatiri makanan berminyak akan menyebabkan kita sakit ulu hati atau heartburn.

3- Elakkan minuman yang manis

Sebabnya bila gula terlalu banyak, gula ni akan tarik bendalir dalam badan kita dan membuatkan kita cepat dehydrated.

Bila dehydrated, kita akan cepat haus. Kalau mengandung pula, dehydrated boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

Ok cukup kot 3 pantang-larang. Tak best pula pantang-larang banyak sangat.

Yang penting berpada-pada.

5 Menu Sahur Mengenyangkan Untuk Ibu Mengandung

Ok saya nak kongsikan 5 menu sahur untuk ibu mengandung yang bukan sahaja membantu kita kenyang lebih lama, tetapi juga berkhasiat.

1/ Overnight Oat

Konsepnya oat yang direndam dalam susu bersama hirisan buah-buahan. Tinggalkan semalam dan esok pagi boleh makan.

Antara resipi yang saya suka adalah:

Dalam satu bekas kecil, campur semua ini.

  • Rolled Oat, 5-6 sudu besar
  • Yogurt, 1 sudu besar
  • Honey, 1 sudu besar
  • Kismis, secukup rasa
  • Pisang di hiris, 1 biji
  • Susu asal menutupi permukaan Oat dalam bekas tadi

2/ Sandwich Ayam

  • Ayam bahagian isi direbus dan dicarik-carik
  • Taburkan blackpepper yang telah ditumbuk sebagai perasa
  • Salad yang anda suka
  • Mayonaise sedikit
  • 2 keping roti perang
  • Sandwich kan semuanya dan makan.

Sedap dan memang buat kenyang lama.

3/ Sandwich Telur

  • 2 biji telur direbus – boleh dilenyekkan atau di hiris nipis. Ikut mana suka
  • Taburkan blackpepper yang ditumbuk atas telur rebus tadi
  • Salad yang anda suka
  • Mayonaise sedikit
  • 2 keping roti perang

Sandwich kan.

4/ Banana Smoothies

Nampak je macam smoothies saja? Tapi jangan pandang sebelah mata, Alhamdulillah ia buat kita kenyang lama.

Semua bahan di bawah di blend:

  • 1 biji pisang
  • 2 sudu besar Rolled Oats
  • 1 sudu kecil cinnamon powder/honey
  • Susu segar secukup rasa
  • 1 biji telur mentah.

Tips :

Kalau nak rasa sejuk sedap, kalau tak bubuh ais, boleh freeze kan pisang siap-siap.

Potong pisang, letak dalam freezer semalaman. Dia akan jadi macam ais pisang gitu.

Sedap!!

5/ Nasi ayam

  • Ayam goreng-
    Ayam bahagian dada di bake/grill -nak elak terlalu berminyak
  • Sup ayam –
    Ayam bahagian dada di rebus bersama sedikit halia dan 2 ulas bawang putih
    Sedikit garam bukit sebagai perasa
  • Nasi ayam –
    Nasi perang di masak bersama sup ayam yang dah siap reneh ayam tadi
  • Salad –
    Timun, tomato dan salad yang anda suka

Ok lah setakat ini sahaja saya kongsikan. Semoga puasa kali ini kita sama-sama kenyang lama dan bertenaga 🙂

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.