5 Makanan Kawal Bacaan Darah Tinggi Ibu Mengandung

Shares

Darah tinggi semasa mengandung biasanya datang pada trimester kedua atau minggu ke-20 kehamilan.

Darah tinggi yang tak terkawal boleh mengganggu  plasenta iaitu menyebabkan plasenta terpisah dari rahim.

Ini merbahaya sebab baby dapat segala nutrien dan oksigen melalui plasenta.

Baby juga dikhuatiri lahir pra-matang jika tekanan darah tinggi ibu tidak dikawal.

Antara cara mudah untuk kawal darah tinggi semasa mengandung adalah dengan menjaga gaya pemakanan kita.

Hari ini saya kongsikan 5 makanan yang kita boleh ambil untuk kurangkan atau kawal bacaan darah tinggi semasa mengandung.

#1: Coklat

Sikit je coklat pun membantu. 

Coklat dikatakan bagus untuk ibu mengandung yang darah tinggi sebab ia mengandungi Magnesium.

Magnesium boleh merelakskan salur darah dan secara tak langsung mengurangkan tekanan darah tinggi.

Makanan lain yang tinggi kandungan Magnesium termasuklah sayur bayam, kacang almond, buah avocado, ikan, oat dan biji labu.

#2: Pisang 

Pisang kaya dengan Potassium. 

Potassium membantu kurangkan sembab air dan secara tak langsung ini mengurangkan masalah darah tinggi.

Potassium juga banyak terdapat dalam yogurt, taugeh dan buah oren.

#3: Ikan

Ikan yang kaya dengan lemak Omega-3 membantu mengurangkan tekanan pada salur darah, mengurangkan radang dalam salur darah dan melindungi salur darah dari kesan tekanan darah tinggi.

Pilih ikan yang kurang tahap merkuri seperti ikan bilis, tilapia dan salmon pacific 

#4: Buah oren

Vitamin C membantu mengembangkan arteri yang hampir tersumbat sekaligus membantu masalah tekanan darah.

Vitamin C boleh di dapati di dalam buah oren, kiwi, strawberry atau dalam kentang.

#5: Makanan Kurang Garam

Garam membuatkan badan kita dehydrated. Untuk pam lebih banyak cecair ke dalam badan, jantung terpaksa buat kerja lebih.

Jadi kurangkan makanan yabg mempunyai kandungan garam yang tinggi terutamanya makanan dalam kotak atau dalam tin.

Gantikan garam dengan herba atau rempah sebagai perasa dalam masakan di rumah.

Ada banyak lagi cara lain untuk atasi masalah darah tinggi semasa mengandung. 

Yang penting gaya pemakanan pun kita dah mula jaga demi untuk kesihatan baby dalam rahim.

Enjoy your pregnancy!

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Sumber : https://www.modernmom.com/2c3d5fb6-051f-11e2-9d62-404062497d7e.html

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.