5 Makanan Hilangkan Loya Untuk Ibu Mengandung Yang Hilang Selera Makan

Shares

Loya atau morning sickness selalunya menyerang ibu mengandung pada trimester pertama kehamilan, iaitu antara dari minggu ke-5 hingga minggu ke-13.

Sebut morning sickness tapi kebanyakan ibu mengalami sickness tersebut sepanjang masa dari pagi sampai malam pun tak hilang.

Tapi kalau tak makan, rasa lemah badan pula. Rasa lemau.

5 Makanan Hilangkan Loya Untuk Ibu Mengandung Yang Hilang Selera Makan

Makanan bagaimana yang biasanya boleh diterima oleh tekak ibu mengandung yang loya? Mari saya kongsikan.

1/ Makanan yang tawar

Biasanya masa ini kita hampir tak boleh masuk makanan yang masam atau manis walaupun ianya lauk kegemaran semasa sebelum mengandung.

Makan makanan tawar lebih selamat.

Sebagai contoh :

  • Biskut tawar
  • Sayur atau buah-buahan yang kurang rasa
  • Sup ayam yang tak diletak apa-apa perasa
  • Bubur nasi yang tak tambah apa-apa perasa

Credit gambar : foodnetwork.com

2/ Halia

Halia terkenal sebagai makanan buang angin dalam badan. Bila kita dah hilang selera makan dan langsung tak makan, lama-lama badan masuk angin.

Bila masuk angin, selain daripada selera bertambah hilang, sakit perut pun muka menjelma dan datang rasa nak muntah.

Jadi elok cuba makan makanan berasaskan halia sebab selain daripada tak berapa ada rasa, ianya juga bagus untuk buangkan angin dalam badan.

Boleh buat air halia, makan ginger cookies atau biskut halia, teh halia dan sebagainya.

3/ Pudina

Secara peribadi, saya bau pudina sahaja pun dah rasa lega sangat perut dan selera.

Kalau jumpa Peppermint Tea, boleh cuba.

4/ Lemon

Lemon turut datangkan kesan seperti Pudina tadi. Ianya melegakan perut bila kita bau lemon itu sendiri.

Cuba buat air lemon; hiris lemon letak dalam air sejuk, atau ice lemon tea.

Saya masih ingat masa loya, ice lemon tea adalah antara air yang tekak dan perut saya boleh terima. Mungkin sebab sejuk dan ada lemon.

5/ Makan sikit-sikit

Cuba makan sikit demi sedikit tapi kerap supaya tak rasa nak muntah.

Sentiasa sediakan biskut kering di tepi katil atau di meja kerja supaya bila datang rasa lapar, boleh kunyah-kunyah biskut tawar tersebut.

Jadi tak lah angin masuk sangat.

Supplement Atasi Loya

Untuk atasi masalah loya, anda juga boleh cuba Supplement Peppermint Ginger dari Shaklee. Ianya gabungan Pudina, Halia dan beberapa bahan lain.

Alhamdulillah ianya berkesan untuk mengurangkan loya saya. Kadang tu saya hancurkan dalam air kosong supaya boleh minun air kosong.

Bau pudina dari tablet supplement ini pun dah cukup buat saya lega.

Kalau nak cuba, boleh contact mana-mana pengedar Shaklee atau hubungi saya :

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.