5 Makanan Bantu Naikkan HB Ibu Mengandung

Shares

2 hari lepas saya ada kongsikan tentang kenapa HB ibu mengandung ada yang rendah dari bacaan sepatutnya.

HB rendah ini sebab badan ibu tak cukup zat besi.

HB ini penting untuk mengelakkan ibu mengandung letih dan cepat rasa nak pitam, elakkan kelahiran pra-matang dan supaya tiada komplikasi kepada nyawa ibu semasa bersalin nanti.

Jadi penting sangat untuk kita pastikan HB tip top.

Hari ini saya nak kongsikan pula makanan apa yang ibu mengandung bagus makan supaya cantik bacaan HB kita.

5 Makanan Penting Untuk Naikkan Bacaan HB Ibu Mengandung

Terutamanya kita yang ada masalah HB sentiasa rendah, jom baca apa 5 makanan penting untuk naikkan semula bacaan HB dalam darah.

#1 : Sayur-sayuran berdaun hijau

Sayur berdaun hijau sangat kaya dengan zat besi. Kita boleh selang-seli makan bayam, sawi, kangkung, kailan dan sebagainya.

Seeloknya masa masak sayur hijau ini, pastikan masak sekejap sahaja supaya zat besi masih banyak dalam sayur.

Macam-macam resipi boleh buat seperti sayur tumis, celur sahaja, sup sayur, tambah sedikit belacan dan ikan masin, mengikut tekak yang kita selera.

Makanan untuk tambah HB semasa mengandung

Credit gambar : barefootcoconut.co.uk

#2 : Daging putih

Contohnya seperti ayam dan ikan. Daging putih mengandungi kolesterol dan lemak lebih rendah berbanding daging merah iaitu daging lembu.

Walaupun daging lembu lebih baik untuk naikkan HB cuma dikhuatiri ia mencetuskan penyakit lain seperti kolesterol tinggi.

Daging lembu ambil seminggu atau sebulan sekali, manakala setiap hari pastikan ambil ayam atau ikan.

#3 : Makanan kaya vitamin C

Contohnya seperti buah oren, betik, sayur brokoli, tomato dan buah lemon.

Vitamin C sangat penting untuk bantu badan serap zat besi dengan lebih optimum.

#4 : Makanan Kaya Asid Folik

Kekurangan asid folik akan menyebabkan HB merudum dalam darah.

Selain dari supplement, amalkan juga pemakanan kaya asid folik seperti tauge, pisang, kekacang dan beetroot.

Beetroot sangat kaya dengan asid folik, zat besi dan fiber. Ia bopeh dikisar untuk dibuat jus minum.

#5 : Jus buah epal atau jus buah delima

Buah epal dan delima kaya dengan zat besi yang penting untuk naikkan bacaan HB ibu mengandung

Makanan Yang Tidak Sesuai

Di samping amalkan pemakanan yang kaya zat besi, vitamin C dan asid folik, kita pun kena elakkan makanan yang bersifat menghalang serapan zat besi dalam tubuh

Contohnya seperti minuman berkafein seperti teh dan kopi.

Semoga perkongsian ini bantu ibu-ibu mengandung untuk naikkan HB semula.

Jangan culas ambil supplement dan pada masa yang sama jaga pemakanan harian kita ya.

Teman Hamil Anda,
Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.