5 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Jantung

Shares

Orang kata, penyakit kebanyakannya berpunca dari perut. Ada betulnya kan? Ramai antara kita tahu makanan antara punca kita berisiko tinggi menghidap jantung, dan juga penyakit-penyakit kronik yang lain. Tetapi adakah kita ambil peduli?

Ramai yang tidak kisah pun makanan apa yang diambil. Diet pulak memang dah tahu tak seimbang. Kadang-kadang nak elak makanan tak baik untuk jantung, kita hanya ambil satu dua jenis sahaja makanan. Padahal banyak lagi makanan yang baik untuk jantung.

 

Makanan baik untuk jantung

Kita mungkin mengambil diet yang seimbang, tetapi beberapa jenis makanan ini lebih menyihatkan jantung daripada yang lain.

Jom ketahui jenis makanan yang baik untuk jantung kita.

#1 Omega-3

Arteri yang mengeras menyumbang kepada berlakunya tekanan darah tinggi dan akan menyebabkan darah beku dan seterusnya serangan jantung. Tetapi, EPA di dalam minyak ikan, mungkin membantu. Makan makanan yang mengandungi EPA akan melegakan pengerasan arteri dalam beberapa jam, menurut satu kajian yang dijalankan di Britain.

Kalajian di Sepanyol pula menyatakan bahawa orang yang makan yang kaya dengan omega-3 dengan kerap mampu untuk memperbaiki flesibiliti arteri mereka, dalam masa 3 bulan.

Asid lemak omega-3 membantu kesihatan jantung dengan:

  • membantu menghalang berlakunya masalah dengan ritma jantung yang boleh menyebabkan serangan jantung dan kematian mengejut (arrhytmias)
  • Menurunkan kadar triglyceride
  • Menurunkan tekanan darah
  • Menghalang platelet darah daripada berkumpul dan membentuk darah beku
  • melawan inflamasi yang menyebabkan pengerasan arteri

The American Heart Association mencadangkan pengambilan 2 hidangan ikan yang kaya dengan omega-3, seminggu.

Antara contoh ikan yang mengandungi omega-3 yang tinggi adalah:

Tuna

Kaya dengan vitamin B12 dan D, protin, niacin, selenium dan omega-3

Salmon Segar

vitamin K dan A, folat, magnesium, zat besi, serat dan omega-3

 

#2 Sayur-sayuran

Sayur-sayuran merupakan makanan yang tinggi vitamin, mineral dan fiber – dan ianya adalah rendah kalori. Makan pelbagai jenis  sayur-sayuran amat membantu anda dalam mengawal berat badan dan tekanan darah.

Ingat warna! Semakin gelap hijau sayur dan semakin terang warna merah, oren, kuning dan ungu, ianya adalah semakin baik untuk kita.

Antara contoh sayur-sayuran yang baik adalah:

Brokoli

Kaya dengan vitamin B6, C, E, K, folat dan serat

Bayam

Kaya dengan vitamin K dan A, folat, magnesium, zat besi dan serat

Seseorang yang kekurangan vitamin K akan mudah membentuk saluran arteri yang mengeras, yang menyebabkan serangan jantung dan strok

Seleri

Kaya dengan potassium yang boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga mengandungi compound yang dipanggil pthalides. Pthalides membantu merehatkan arteri supaya ia lebih mudah ‘dilate’ dan ia membantu memdahkan tekanan darah. Ia juga membantu hormon yang menjerut saluran darah dan menyebakan tekanan meningkat.

#3 Buah-buahan

Seperti sayur-sayuran, buah-buahan juga mengandungi vitamin, mineral dan fiber yang membantu kita mengawal berat badan dan tekanan darah. The American Heart Association mencadangkan pengambilan sekurang-kurangnya setengah pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan 4-5 hidangan setiap hari, terutamanya makan tengahari dan makan malam, untuk kesihatan jantung dan tubuh badan kita.

Antara contoh sayur-sayuran yang baik adalah:

Buah beri

 

Kaya dengan vitamin c, folat, manganese, potassium dan serat

Jagung Manis

Kaya dengan potassium yang boleh membantu menurunkan tekanan darah

Epal

Kaya dengan vitamic C, serat dan flavanoid

Hasil kajian menyatakan bahawa, pengambilan makanan dengan serat yang tinggi bukan sahaj mampu menurunkan tekanan darah tetapi juga menurunkan kolestrol ‘jahat’ di dalam darah.

#4 Bijirin Penuh (Whole-grain)

Makanan bijirin penuh baik untuk jantung kerana ia mempunya jumlah serat yang tinggi. Makanan berserat tinggi membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Serat akan menyebabkan makanan untuk kekal di dalam perut lebih lama dan membuat kita rasa lebih kenyang dan gula di dalam darah tidak akan naik dengan mendadak selepas anda makan.

Contoh makanan bijirin penuh adalah:

Quinoa

Kaya dengan serat, zinc dan fosforus. Ia merupakan sejenis bijirin yang mempunyai protein yang lengkap dengan kesemua asid amino seperti daging, telur dan ikan.

Oat

Serat mudah larut, magnesium, manganese, potasium dan zinc

Bijiran penuh, seperti beras merah adalah mengandungi lebih fiber daripada beras putih

 

#5 Pokok Kekacang (Legumes), Kekacang (Nuts) dan Biji-bijian (Seeds)

Pokok kekacang, kekacang dan biji-bijian adalah kaya dengan magnesium, protein, and serat. Ia telah diiktiraf sebagai pertahanan daripada masalah jantung oleh FDA.

Kekacang membantu kesihatan jantung dengan:

  • Menurunkan kadar kolestrol LDL, kerana ia mengandungi serat yang tinggi
  • Mengawal inflamasi di dalam arteri
  • Meningkatkan kadar bahan anti-inflamasi, yang dinamakan sebagai adiponectin
  • Melindungi lapisan arteri dan menghalang darah beku terjadi

Antara contoh pokok kekacang, kekacang dan biji-bijian yang baik adalah:

Walnut, kacang badam, kacang pistachio

Kekacang ini kaya dengan serat, juga vitamin E yang membantu menurunkan kolestrol jahat. Walnut kaya dengan omega-3, yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung.

Dulu orang elak makan kacang sebab dikatakan tinggi lemak, tetapi kajian menyatakan orang yang mengambil kekacang ini setiap hari lebih kurus berbanding yang elak untuk makan kacang.

SUSAH MAHU JAGA MAKAN SUPAYA TIDAK KENA SAKIT JANTUNG?

 

Pantang makan makanan yang boleh mengundang sakit jantung bukan lah bermaksud langsung tak boleh sentuh. Dan bukan juga bermakna kita perlu hadkan makanan kepada makanan di atasa sahaja.

Dalam zaman sekarang ya, semua pun perlu cepat dan segera.

Setiap hari anda pasti terkejar-kejar untuk hantar anak ke sekolah, kemudian masuk pejabat dan terkejar-kejar lagi untuk ambil anak sekolah; belum masuk stuck di dalam kesesakan jalan raya – kadangkala situasi memang memaksa untuk pilih makanan segera atau makanan sejuk beku.

Cuma berpada-pada lah dalam mengambil hidangan setiap makanan.

SEDIAKAN BAHAN MASAK SIAP-SIAP

Anda dah boleh usaha untuk sedikit demi sedikit berubah kepada pilihan yang lebih sihat – iaitu masak sendiri atau sediakan bahan masakan pada waktu hujung minggu untuk digunakan terus pada waktu hari kerja yang sibuk.

Bak kata orang tua-tua, siapkan semua dan kemudian tinggal mahu lebur saja dalam kuali.

BANYAKKAN BERSENAM

Banyakkan senaman untuk pastikan otot jantung sentiasa tegang dan pengaliran darah ke jantung dan dari jantung ke organ-organ lain sentiasa lancar.

Kalau tiada masa sangat untuk bersenam, anda boleh amalkan parking kereta di tempat yang jauh dari pintu masuk pejabat dan jalan kaki lebih kurang 5-10 minit.

SUPPLEMENT CEGAH SAKIT JANTUNG

Anda juga digalakkan untuk amalkan supplement Vivix untuk mengelakkan pembentukan plak akibat pemakanan yang kurang sihat.

–> Klik link untuk ketahui apa itu Vivix

–> Anda juga pasti nak tahu 10 soalan lazim yang kerap ditanya mengenai Vivix

Namun begitu supplement Vivix bukanlah merupakan tiket untuk pemakanan tidak sihat, cuma anda pun tidak pasti perkembangan terkini plak kolesterol di dalam salur darah jantung.

Plak ini ambil masa bertahun-tahun sebelum ia pecah dan menyebabkan serangan sakit jantung.

–> Baca juga di artikel ini tentang bagaimana plak kolsterol boleh menyebabkan serangan jantung

Jika anda mempunyai sejarah ahli keluarga terdekat ramai yang pernah terkena serangan strok dan sakit jantung, pengambilan supplement ini adalah sangat penting.

makanan penyebab sakit janutng

Vivix mengandungi Polyphenol.

Polyphenol di dalam Vivix berperanan untuk mencegah oksidisasi kolesterol dari makanan yang anda makan.

Kolesterol inilah yang biasanya membentuk plak yang membuatkan saluran darah sempit dan mula tersumbat.

Saya sarankan untuk permulaan, ambil 2 botol Vivix terlebih dahulu. Kebiasaannya botol pertama adalah tempoh untuk serasikan badan dengan Vivix.

Masuk botol kedua, insya-Allah anda akan mula nampak perubahan dari segi rasa lebih cergas dan tidak lah terlalu mengidam makanan rapu.

CARA UNTUK DAPATKAN VIVIX

2 botol Vivix hanya bernilai RM 1,007 sahaja. Anda boleh tempah sendiri dengan cara klik link tempah 2 botol Vivix ini.

Atau anda boleh dapatkan penjimatan dengan menghubungi saya :

SITHY HARJIEAH
WHATSAPP : 012 887 9897
SHAKLEE ID : 919085

 

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.