5 Jenis Makanan Yang Bagus Untuk Gout

Gout adalah sakit pada sendi yang berlaku di sebabkan oleh asid urik dalam badan terlalu tinggi.

Asid urik yang terlalu banyak ini membentuk kristal-kristal yang berbentuk jarum-jarum yang tajam pada ruang-ruang antara tulang.

Bila mana bahagian sendi tersebut terhentak atau bergegar, kristal-kristal ini akan mencucuk sendi dan menyebabkan sakit gout.

Namun begitu boleh jadi tahap asid urik adalah normal tetapi anda tetap di serang gout. Biasanya ini terjadi kerana terdapat radang yang berlaku pada sendi.

Gout dan keturunan

Orang yang sakit gout biasanya disebabkan oleh keturunan.

Ia dikatakan faktor keturunan kerana jenis buah pinggang pesakit gout tidak dapat membuang lebihan asid urik seperti buah pinggang biasa.

Namun begitu ia bukan lah bermakna buah pinggang pesakit gout itu rosak, cuma terdapat sedikit kekangan untuk proses asid urik.

–> Baca juga 5 petanda sakit gout

Gout boleh di kawal jika kena caranya.

Salah satu cara untuk mengawal gout dan mengelakkan serangan gout daripada berulang ialah dengan menjaga pantang-larang makanan gout.

Makanan yang perlu dielakkan adalah makanan yang tinggi dengan purina.

Apa itu Purina?

Purina adalah komponen bahan kimia semulajadi. Purina ini dihasilkan oleh badan kita.

Ada juga purina yang masuk melalui makanan yang kita makan.

Dalam tindak balas yang normal, purina akan dipecahkan menjadi asid urik. Asid urik ini kemudiannya akan diserap ke dalam darah dan akan melalui buah pinggang dan seterusnya di buang melalui air kencing.

Namun bagi pesakit gout, ia berbeza.

Komplikasi berlaku apabila buah pinggang tidak berjaya membuang asid urik secepat mungkin, atau apabila penghasilan asid urik meningkat menyebabkan ia terlalu banyak untuk di proses oleh buah pinggang.

5 Cadangan Makanan Untuk Pesakit Gout

Walaupun purina merupakan salah satu punca kepada peningkatan tahap asid urik dalam badan, tetapi bukan semua makanan yang tinggi purina adalah tidak elok untuk pesakit gout.

Terdapat makanan seperti sayur-sayuran yang tinggi purina, tetapi ia bagus untuk pesakit gout. Purina dari sayur-sayuran ini tidak menyebabkan radang gout.

#1 : Makanan yang membantu mengurangkan berat badan

Kajian menunjukkan dengan mengurangkan jumlah kalori dan mengurangkan berat badan – walaupun tanpa mengamalkan pantang makan – ia mampu mengurangkan tahap asid urik sekaligus mengurangkan kemungkinan serangan ulangan gout.

Berat badan yang melebihi average juga akan membuatkan tekanan tinggi pada sendi untuk menyokong berat badan anda. Oleh sebab itu adalah digalakkan untuk anda kurangkan berat badan supaya tekanan kepada sendi berkurangan dan mengurangkan risiko gout.

Antara contoh makanan yang membantu mengurangkan berat badan termasuklah makanan rebus, berstim atau makanan yang di goreng di dalam Air Fryer.

Anda boleh amalkan lauk ikan singgang atau ayam yang di goreng di dalam Air Fryer.

Elakkan makanan yang ‘deep fry’ kerana ianya berkalori tinggi dan punca lemak bertambah dalam badan.

#2 : Karbohidrat kompleks

Orang gout digalakkan untuk melebihkan makanan yang membekalkan karbohidrat kompleks seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan gandum.

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga kaya dengan serat. Serat membantu menurunkan bacaan asid urik.

pantang makan pesakit gout

Makanan kategori karbohidrat kompleks juga mengambil masa yang lama untuk dihadamkan oleh badan, sekaligus ini akan mengurangkan selera makan anda.

Apabila selera telah berkurang, ia membantu anda untuk tidak cepat lapar dan secara tidak lansung membantu untuk turunkan berat badan.

Berat badan yang mematuhi BMI merendahkan risiko untuk diserang oleh gout.

Elakkan makanan berproses seperti roti putih, kek, gula-gula, air manis dan makanan yang mengandungi tinggi fruktosa. Fruktosa meningkatkan bacaan asid urik.

Buah ceri membantu pesakit gout

Di dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik oleh Boston University Medical Center, makan sekurang-kurangnya 10 biji ceri mengurangkan risiko pesakit gout daripada di serang semula dengan gout.

Ceri di kaitkan dengan mengurangkan risiko gout kepada 50% dalam masa 48 jam.

pantang makan untuk gout

Buah ceri jenis tart cherry bagus untuk pesakit gout

Salah satu faktor yang membuatkan buah ceri mampu mengurangkan risiko gout adalah kerana ia mengandungi antioksidan iaitu phenol jenis anthocyanins.

Antioksidan ini memberi warna kepada buah ceri di samping melindungi buah ceri daripada cuaca yang extreme.

Ceri membantu mengurangkan tahap asid urik di dalam darah dan meningkatkan phenol di dalam badan, sekaligus membantu mengelakkan serangan gout daripada berulang.

#3 : Banyakkan minum air

Banyakkan minum air untuk kekal hidrasi.

Kajian menunjukkan serangan gout semakin berkurang apabila anda lebih kerap minum air. Air kosong membantu mengawal tahap asid urik.

makanan pantang untuk pesakit gout

Banyakkan minum air masak

Minum 5-8 gelas air kosong sehari. Rujuk dengan doktor anda kuantiti air masak yang terbaik untuk di habiskan setiap hari untuk gout anda.

#4 : Protein daging, ikan dan ayam

Kurangkan pengambilan protein harian seperti daging, ikan dan ayam. Sebenarnya hampir kesemua protein haiwan adalah tinggi purina.

Makanan yang perlu di elakkan secara spesifik adalah organ-organ haiwan, ikan bilis dan ikan kembung.

Daging, kambing, ikan berminyak dan kerang juga berpotensi meningkatkan risiko serangan gout.

Bukan bermaksud anda tidak boleh makan daging, ikan dan ayam; cuma kurangkan pengambilan kepada 2 hidangan sehari.

Anda boleh dapatkan sumber protein daripada telur, yogurt atau tofu.

#5 : Minum kopi

Jika anda peminum kopi tegar, anda boleh teruskan minum kopi tetapi pilih kopi versi ‘decaf’.

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti of British Columbia menunjukkan risiko di serang gout menurun dengan mengamalkan minum kopi setiap hari, bukan teh.

makanan pesakit gout

Satu hingga tiga cawan kopi sehari boleh merendahkan risiko gout kepada 8%

Tetapi dengan mengambil 4 hingga 5 cawan kopi, risiko di serang gout menurun ke 40%

6 cawan kopi sehari pula menurunkan risiko kena gout pada 60%

Para penyelidik berpendapat kopi membantu mengurangkan risiko gout kerana ia mengandungi antioksidan yang kuat, iaitu phenol.

Supplement Untuk Sakit Gout

Kajian dari Universiti Boston dan Universiti British Columbia menunjukkan antioksidan memainkan peranan yang besar untuk mengelakkan serangan gout.

Antioksidan yang dimaksudkan secara spesifik adalah dari jenis phenol.

Terdapat supplement yang turut mengandungi phenol yang telah terbukti membantu pesakit gout.

Supplement tersebut adalah Vivix.

makanan pantang gout

Polyphenol di dalam Vivix membantu mengurangkan tahap asid urik

Vivix mengandungi polyphenol (Poly bermaksud banyak. Polyphenol bermaksud ia mengandungi lebih dari satu jenis phenol yang kuat) sebagai antioksidan.

Polyhenol Vivix datang dari campuran anggur muscadine, european elderberry, tumbuhan polyganum cuspidatum dan lobak unggu. Campuran ini telah dihasilkan oleh pasukan saintis terkemuka dari Shaklee.

–> Baca juga apa itu Vivix

–> Anda juga pasti mahu kenali barisan doktor dan saintis yang menghasilkan Vivix

Polyphenol ini akan bekerja untuk mengurangkan tahap asid urik di dalam darah.

Apak, Gout dan Vivix

Pengalaman yang paling dekat dengan saya adalah apak saya sendiri.

Beliau telah menderita gout selama lebih dari 20 tahun. Ia penyakit keturunan.

Apak saya telah banyak kali ambil MC disebabkan oleh serangan gout, dan juga telah banyak kali menjalani pembedahan di bahagian kaki.

Alhamdulillah selepas konsisten setiap hari ambil Vivix – 7 botol sebagai permulaan – sakit gout apak telah tidak bertandang lagi.

Kini apak giat menurunkan berat badan. Dan paling menarik, apak tak perlu pantang dah untuk makan daging dan ayam. Alhamdulillah.

–> Baca juga kisah penuh apak saya bertarung dengan gout.

Cara untuk dapatkan Vivix

Jika gout selalu menyerang anda, selain daripada pantang makan, saya cadangkan untuk anda turut amalkan Vivix dengan konsisten.

Untuk permulaan anda di cadangkan untuk bermula dengan 7 botol Vivix. Ini kerana kristal-kristal hasil dari pengumpulan asid urik adalah sangat banyak dan dos polyphenol yang banyak diperlukan untuk menurunkan kadar asid urik ini.

Anda boleh klik link tempahan 7 botol Vivix (bernilai RM 3,524.50) ini untuk tempah.

Atau anda juga boleh WhatsApp saya untuk penjimatan.

Khadeejah Hasmad

WhatsApp : 019 477 3457

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.