5 Fakta Fibroid Semua Wanita Mesti Tahu

Shares

Fibroid adalah ketumbuhan tisu padat yang terdapat pada rahim wanita. Ia tiada di tempat lain, hanya ada pada rahim sahaja.

Mari saya kongsikan 5 fakta fibroid yang anda sebagai wanita mesti tahu.

#1: Sesuatu yang normal pada wanita

Saya sendiri pernah mempunyai fibroid dan dikesan semasa mengandung anak pertama.

Terdapat kajian yang menyatakan 70-80% wanita akan dapat fibroid menjelang usia 50 tahun.

#2: Bukan Kanser

Kanser bersifat agresif dan merebak ke organ lain dalam badan. Ia mula tumbuh di satu kawasan dan macam virus, jika tidak dikawal, ia akan menjangkiti kawasan lain.

Tetapi fibroid tidak seperti kanser dan bukan sejenis kanser. Ia hanya ketumbuhan dalam rahim yang tidak menyebabkan apa-apa masalah kecuali kalau saiznya membesar.

Credit gambar : NHS Choice. Fibroid hanya di kawasan rahim

#3: Golongan berisiko fibroid

Biasanya wanita muda lebih terdedah untuk dapat fibroid. Ianya meningkat kepada golongan yang belum pernah mengandung, obes atau mempunyai sejarah fibroid dalam keluarga.

#4: Tiada simptom

Kebiasaannya ketumbuhan fibroid tidak menunjukkan apa-apa simptom melainkan apabila ia dah mula membesar.

Kalau saiz fibroid membesar biasanya ia akan menyebabkan pendarahan haid yang berpanjangan dan kadangkala penyebab susah untuk mengandung.

Kalau saiz kecil, ia tak perlukan rawatan apa-apa. Biasanya masa scan akan nampak dan doktor sakit puan akan beri kata putus sama ada perlu dibuang atau tak perlu buat apa-apa.

Macam saya, doktor kata tak perlu buat apa-apa pada fibroid saya sebab ianya terlalu kecil.

#5: Pembedahan bukan kata putus

Kalau dulu asalkan sebut fibroid membesar, mesti doktor sakit puan akan cadangkan buang ketumbuhan tersebut.

Namun begitu pembedahan bukanlah jaminan fibroid akan hilang buat selama-lamanya. Biasanya doktor turut akan maklumkan perkara ini di samping memaklumkan yanh risiko jika pembedahan dibuat, jika terlalu banyak pendarahan, rahim terpaksa dibuang bersama.

Alhamdulillah zaman sekarang, pembedahan bukanlah kata muktamad. Kebanyakan pakar sakit puan beri masa kepada wanita yang mempunyai masalah fibroid membesar untuk perbetulkan cara makan dan terdapat supplement yang terbukti secara saintifik membantu pengecutan fibroid.

Khadeejah Hasmad
019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.