5 Cara Rawat Gusi Berdarah Semasa Mengandung

Shares

Gosok gigi tiba-tiba gusi berdarah?

Gusi cepat berdarah semasa mengandung dikenali sebagai gingivitis.

Disebabkan hormon mengandung dan pengaliran darah yang meningkat sebab badan nak supply darah kepada ibu dan baby, gusi kita akan menjadi lebih lembut dan lebih sensitif bila terlanggar dengan berus gigi.

Macam mana nak buat bila gusi berdarah?

1/ Rajin gosok gigi

Amalkan kebersihan mulut iaitu rajin gosok gigi untuk elakkan bakteria menyebabkan gusi berdarah.

Ia juga supaya tiada jangkitan yang berlaku bila gusi berdarah.

2/ Vitamin C

Tingkatkan pengambilan Vitamin C supaya dapat lawan bakteria dalam mulut. Banyakkan makan buah yang kaya dengan Vitamin C.

Credit gambar : http://pregnancy.yougotthenod.com/early-pregnancy-symptoms-bleeding-gums/

3/ Kalsium

Tingkatkan pengambilan kalsium supaya gigi bertambah kuat. Bila gigi kita kuat, ia tak kacau gusi dan secara tidak langsung gusi pun tak berdarah.

4/ Garam Laut

Kumur mulut dengan garam laut untuk bantu penyembuhan gusi berdarah dan mengurangkan sakit gusi berdarah.

5/ Kurangkan makanan manis

Makanan manis adalah makanan untuk bakteria. Lagi kerap makan manis, lagi banyak bakteria jahat berkumpul dalam badan kita dan mulut.

Jadi cuba kurangkan makanan manis. Gantikan dengan buah-buahan segar yang lebih sihat.

Kadang tu tiba-tiba je ada gumpalan darah kecil keluar dari mulut, kan?

Jadi jaga pemakanan supaya makan yang sihat-sihat sahaja. Simpati pada gusi kita.

Have a joyous pregnancy!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.