5 Cara Induce Kelahiran Secara Semulajadi

Shares

Bila dah masuk minggu ke-34 atau minggu ke-35, ada antara kita dah tak larat nak mengandung. Rasa nak bersalin cepat-cepat.

Minggu yang di kira matang untuk bersalin adalah pada minggu ke-37.

Ada juga ibu-ibu yang bukaan dah sampai 2 cm dan kemudian tiada progress. Jadi nak tahu apa nak buat supaya bukaan cepat.

5 Cara Induce Kelahiran Secara Semulajadi

Sebaiknya kita tunggu baby keluar secara semulajadi, jadi kena bersabar sikit lah.

Tapi kalau nak juga natural induction, mari saya kongsikan 5 cara untuk bantu percepatkan bukaan.

1/ Nenas

Ianya berkesan semasa nak melahirkan anak kedua saya.

Saya minum air nenas segar iaitu nenas yang di blend dari buah nenas. Elakkan nenas dalam tin sebab bahan semulajadi untuk tolong induce tu mungkin dah banyak hilang semasa proses tin.

Makan nenas muda kalau boleh masuk tekak.

Nenas mengandungi bromelain yang membantu melembutkan dan memasakkan serviks iaitu pintu rahim.

2/ Makanan pedas

Makanan pedas ini hanya praktikal untuk bantu induce kelahiran jika anda tak biasa makan pedas.

Tapi kalau dah biasa makan pedas, badan kita pun dah imun, bukaan pun tak jalan.

Teh jenis Raspberry Leaf Tea juga dikatakan berkesan untuk induce kelahiran secara semulajadi.
Credit gambar : .pernenat.al

3/ Bersama suami

Air mani dari suami akan mengandungi banyak prostaglandin semulajadi.

Prostaglandin bagus untuk bantu lembutkan pintu rahim supaya bukaan pintu rahim terbuka dengan lebih cepat.

4/ Nipple stimulation

Ianya menghasilkan banyak hormon oxytocin yang membantu rahim untuk mula contract.

5/ Banyakkan berjalan-jalan

Banyakkan aktiviti fizikal yang menggunakan graviti seperti berjalan kaki, turun naik tangga dan mencangkung.

Aktiviti sebegini mengundang graviti untuk merangsang kepala baby jatuh ke ruang pelvik, secara tak langsung mengenakan tekanan pada pintu rahim.

Dan secara tak langsung juga ini membantu pintu rahim terbuka dengan lebih cepat.

Amalkan berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Setakat ini Alhamdulillah ada beberapa tips di atas memang berkesan untuk saya.

Walau bagaimanapun kita usaha, dan berdoa. Jangan stress pula kalau masih lambat terbuka, sebab stress pun boleh buat pintu rahim tak nak terbuka.

Banyakkan berdoa, insya-Allah baby pasti akan lahir pada waktu dan masa yang terbaik.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.