4 Tips Kurangkan Kesan Stretchmark Pada Perut

Shares

Tips ini adalah melalui pengalaman peribadi saya. Lain orang ada lain tips.

Alhamdulillah setakat bersalin 3 anak, kulit pada perut saya tak nampak sangat kesan stretchmark yang kelihatan hitam berbelang.

Semoga anak keempat ini pun, perut saya tidak meninggalkan kesan stretchmark, tapi kalau ada pun, kita boleh usaha cara lain.

Baiklah, saya kongsikan apa yang saya amalkan secara tak berapa perasan sangat, tapi ianya berkesan.

1/ Jaga pemakanan semasa mengandung

Walaupun kita mengandung dikatakan makan untuk 2 orang, tapi sebenarnya ia bukan bermakna kita kena makan lebih banyak dari biasa.

Ia bermaksud kita perlu makan makanan berkhasiat lebih banyak dari biasa.

Contoh makanan berkhasiat adalah seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran dan kekacang. Semua ini bagus di ambil lebih dari biasa sebab keperluan badan kita untuk zat dan nutrisi dari makanan ini dah double.

Bukannya kena makan junkfood atau maggi atau keropok lebih banyak dari biasa.

Credit gambar : quora.com

Bila kita makan makanan berkhasiat lebih dari biasa, berat badan akan terkawal. Walaupun mengandung, berat badan akan naik dengan cantik, tidak berlebihan.

Bila berat badan naik cantik dan tidak berlebihan, kulit kita akan meregang dengan baik dan tidak berlebihan.

Kulit yang meregang berlebihan itu yang menyebabkan stretchmark timbul.

Jadi kurangkan makanan yang tak berkhasiat. Banyakkan makanan berkhasiat. Bukan sahaja supaya stretchmark tak timbul, tapi juga untuk perkembangan baby yang sihat.

2/ Makan makanan minyak sihat

Minyak sinonim dengan tak sihat.

Tapi ada juga makanan berminyak yang sihat iaitu contohnya seperti ikan yang tinggi kandungan Omega-3

Makanan seperti ini penting untuk memastikan kulit sentiasa lembab. Kulit yang lembab mencegah parut stretchmark timbul.

3/ Banyakkan minum air masak

Untuk kulit sentiasa lembab, kita juga perlu minum banyak air masak. Kurangkan air manis atau kafein sebab ini akan menyerap air dan menyebabkan tubuh ibu mengandung dehidrasi.

Bila dehidrasi, bukan sahaja stretchmark mark akan timbul, tapi ia juga menyebabkan pelbagai masalah lain seperti pre-eclampsia yang boleh menyebabkan kelahiran pra-matang dan pengaliran darah kepada baby kurang lancar.

4/ Kurangkan mencuba-cuba sabun mandi

Banyak sabun mandi di pasaran bertindak mengeringkan kulit.

Kalau boleh guna hanya satu jenis sabun mandi yang serasi.

Cuba cari sabun mandi yang organik atau cuba invest dapatkan humidifier untuk memastikan kulit sentiasa kekal lembab walaupun dalam cuaca panas atau dalam situasi perlu duduk dalam aircond sepanjang masa.

Semoga tips kurangkan stretchmark ini berguna buat anda.

Insya-Allah saya akan kongsikan juga cara hilangkan stretchmark di lain masa.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.