4 Tips Kami Urus Ragam Anak Kecil Nak Dapat Adik

Shares

Biasanya kalau jarak anak terlalu dekat dalam 1-2 tahun, anak kecil kita akan menunjukkan ragam bermula dari tempoh kehamilan lagi.

Saya ingat lagi masa awal trimester baby yang ke-empat, Hannah, anak ketiga saya yang baru masuk usia 2 tahun waktu itu dah mula tunjukkan ragam.

Saya sangka kan ianya ragam budak nak masuk 2 tahun. Rupa-rupanya ia ragam bakal dapat adik.

Mencabar sangat. Tapi Alhamdulillah lama-kelamaan kami belajar untuk sesuaikan diri dan Hannah dah mula tak meragam.

Daripada manja dengan saya, beliau mula manja dengan Abi nya.

Kini, usia kandungan dah mula masuk 33 minggu, Hannah tunjukkan sekali lagi ragam beliau.

Kali ini lebih mencabar bagi kami sebab banyak pergerakan saya dah mula terhad. Tak boleh dah nak dokong Hannah sesuka hati sebab saya tak boleh berada dalam satu posisi pada jangka masa yang lama.

Saya juga tak boleh dah nak duduk atas lantai lama sangat.

Syukur suami sangat supportive dan cuba memahami Hannah.

Ragam Hannah boleh jadi berlanjutan antara 30 minit hingga 1 jam.

Antara yang kita ibu bapa boleh buat adalah :

1/ Fahami beliau adalah anak kecil

Bukan saja-saja lah budak kecil nak meragam. Mesti ada sebab cuma tak tahu nak bagitahu bagaimana.

Kemungkinan anak kecil dah terbiasa bermanja bersama kita, tiba-tiba bila kandungan dah membesar, kita dah tak boleh peluk cium dia seperti biasa.

Jadi minta pasangan untuk ambil alih tugas tersebut.

2/ Prepare emosi

Bila anak meragam, memang sangat mudah untuk kita rasa marah.

Bila kita sendiri rasa geram, sebelum buat perkara yang bakal kita kesalkan, adalah lebih baik asingkan diri ke bilik yang berasingan dari anak.

Ambil masa tenangkan diri. Emosi yang stabil sangat penting untuk bantu kita uruskan anak-anak.

Tak perlu paksa diri jadi supermom atau ibu serba boleh jika itu membuatkan kita stress. Beri ruang pada diri dan anak.

3/ Buat sedikit aktiviti bersama

Saya perasan waktu Hannah menangis, mula-mula saya peluk, dia akan tendang saya. Normal lah tu. Tunjuk perasaan mungkin.

Tapi kemudian saya cuba beraktiviti dengan Hannah iaitu cuba baca buku bersama.

Lepas 1-2 buku baca bersama-sama tanpa gangguan, Alhamdulillah Hannah dah mula reda dan hilang ragam.

Itu je yang dia nak. Perhatian dari kita.

Cubaan ajak main masak-masak selepas Hannah meragam selama setengah jam

Kalau saya tak larat, memang minta tolong Abi nya layankan.

4/ Ubah Rutin

Kadang-kadang terlalu terperap dalam rumah pun boleh membuatkan anak kecil bosan dan seterusnya meragam.

Ye lah, kita yang mengandung lebih suka duduk dalam rumah. Tapi anak kecil yang sedang aktif mahukan ruang luas yang berbeza dari rutin.

Jadi sekali sekala bawa anak kecil kita bermain di luar. Hannah main luar rumah sahaja pun dah nampak bahagia.

Cukup dahulu saya kongsikan 4 cara kami suami isteri urus ragam anak kecil yang meragam nak dapat adik. Insya-Allah lain masa saya kongsikan tips lain pula ya.

Macam mana ibu-ibu pula urus ragam anak nak dapat adik? Jom kongsikan.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.