4 Tips Betulkan Kedudukan Baby Songsang (Breech)

Shares
Baby songsang atau baby breech adalah kedudukan baby dalam perut ibu yang kepalanya di atas, bukan di pintu rahim.Kedudukan ini biasanya normal sebab baby akan sentiasa berpusing-pusing di dalam perut ibu.

Tetapi apabila menjelang minggu ke-34 atau ke-36, biasanya kepala baby akan turun ke bawah sebagai persiapan bersalin.

Bila kepala di atas, agak mencabar apabila pihak perubatan tiada kepakaran.

Biasanya majoriti pihak hospital akan menolak kelahiran baby songsang secara normal.  Tapi ada juga pihak doktor dan hospital yang pandai dan dah  biasa urus kelahiran sebegini.

Credit gambar : Website Healthwise

Sebelum itu, saya kongsikan terlebih dahulu apa yang kita ibu-ibu perlu buat untuk betulkan kedudukan baby songsang (breech)

☘️ Elakkan duduk bersilang kaki. Ini kerana bila kita silang kaki, bukaan di bahagian bawah akan menjadi sempit, jadi kepala baby susah mahu turun.

☘️ Banyakkan bersujud. Apabila bersujud, kita akan galakkan baby berpusing kedudukan ke bawah.

☘️ Banyakkan mencangkung. Ada ibu yang hamil kembar agak sukar untuk bersujud disebabkan oleh saiz perut yang terlalu besar.

Jika begini, amalkan kerap mencangkung. Bila mencangkung, kita sedang bantu bukaan tulang pelvik menjadi lebih luas, jadi mudah untuk kepala baby berpusing ke bawah.

☘️ Banyakkan merangkak. Sama seperti mencangkung tadi, merangkak juga menggalakkan bukaan pelvik agar menjadi lebih besar.

Anda pernah ada pengalaman betulkan kedudukan baby songsang (breech)? Jom kongsikan.

Jemput kongsi dan share untuk manfaat ibu-ibu mengandung yang lain.

Insya-Allah next post saya akan kongsikan hospital atau doktor di Malaysia yang dah biasa dan sudi terima kelahiran baby songsang (perform breech vaginal delivery)

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.