4 Tips Atasi Rambut Gugur Semasa Mengandung Supaya Tak Sakit Mata Tengok Lantai

Shares

Sebelum ini saya pernah kongsikan kenapa rambut kita gugur semasa mengandung.

Antara sebabnya termasuklah hormon yang tidak seimbang dan kekurangan nutrisi yang menyebabkan rambut rapuh sekaligus gugur.

Hari ini saya nak kongsikan macam mana kita nak buat supaya rambut tak banyak gugur semasa mengandung.

Credit gambar : https://www.heralopecia.com/womens-hair-loss-discussion-forums-join-community/

1/ Supplement

Antara salah satu sebab rambut gugur adalah sebab badan kita tak cukup nutrisi untuk menyokong penghasilan rambut yang sihat.

Lebih-lebih lagi bila asyik muntah sebab loya semasa mengandung. Baby dapat zat dan nutrisi, cuma ibunya kehilangan banyak nutrisi menyebabkan rambut banyak gugur.

Badan kita perlukan zat dan nutrisi dua kali ganda lebih banyak berbanding sebelum mengandung.

Jadi di samping jaga makan agar makan makanan yang sihat, kita juga bagus ambil supplement untuk tampung kekurangan zat dan nutrisi badan.

Antara yang penting untuk penghasilan rambut yang kuat dan dan tak mudah gugur adalah protein dan zat besi.

Klik untuk ketahui vitamin ibu mengandung yang turut bantu atasi masalah rambut gugur ibu mengandung

Elakkan makanan yang tak berkhasiat sebab makanan begini akan menyebabkan zat dan nutrisi tak dapat diserap dengan baik oleh tubuh kita, sekaligus menyebabkan rambut banyak gugur semasa mengandung.

2/ Shampoo organik

Seboleh mungkin cari shampoo yang organik. Ini kerana biasanya shampoo begini tidak mengeringkan bahagian akar rambut.

Kalau akar rambut kering, rambut mudah pecah dan gugur.

3/ Rajin gosok kulit kepala dengan santan segar

Santan dikatakan sangat membantu melebatkan rambut sebab ianya bantu melembapkan kulit kepala.

Bila lembap, akar rambut jadi lebih kuat dan kurang kemungkinan untuk rambut gugur banyak semasa mengandung.

Ibu juga boleh campur santan dengan susu segar untuk sapu pada kulit kepala

4/ Sapu Aloe Vera

Aloe Vera iaitu pokok lidah buaya juga bagus untuk di sapu pada kulit kepala. Ia bantu lembapkan akar rambut sekaligus mengelakkan rambut gugur semasa mengandung.

Kalau anda ada masalah rambut gugur, apa kata cuba salah satu cara di atas. Rimas juga kan tengok lantai asyik bersepah dengan rambut.

Kalau anda ada tips yang lain, jemput kongsikan di ruangan komen ya. Kita saling berkongsi petua 🙂

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.