4 Persediaan Peribadi Saya Untuk Bersalin

Shares

Bersalin ini walaupun orang kata benda yang semua wanita lalui, tapi bagi saya tak boleh ambil remeh. Kelas mesti pergi. Walau dah bersalin 3 anak sebelum ini, baby yang keempat ini tetap rasa bagai pengalaman baru.

Bersalin ada banyak kaedah sebenarnya kalau kita belajar. Salah satunya adalah cabang Gentle Birth, dan saya pula lebih sukakan teknik HypnoBirthing.

Ulangkaji HypnoBirthing. Must be accompanied with video to help us better visualize

Gentle Birth bukan lah bermaksud bersalin di rumah tau. Terkini ramai Gynae mula menyokong dan mengamalkan Gentle Birthing di hospital termasuk Gynae saya iaitu Dr Idora di Pantai Hospital.

Gentle Birthing adalah bersalin mengikut gerak badan kita, bukan wajib kena baring.

Kalau yang bersalin dengan Dr Idora, rata-rata saya baca feedback ramai nyatakan Dr Idora amat sarankan ibu bersalin dalam keadaan mencangkung atau mengikut graviti iaitu berdiri.

Baik lah, cukup intro 😄

Persediaan peribadi saya untuk bersalin adalah penting untuk saya dan baby selamat sepanjang labor, tiada trauma dan sihat selepas melahirkan baby.

4 persediaan peribadi saya termasuklah :

1/ Perineum Massage

Iaitu urutan di bahagian perineum supaya tak berasa ‘ring of fire’ semasa baby keluar dari vagina.

Kerap kali berazam nak buat tapi tak konsisten. Semoga bermula minggu ini saya konsisten untuk baby ke -4 ini.

P.s : Boleh search di YouTube berkenaan cara buat Perineum Massage ini

2/ J Breathing

Bila surges (contraction) datang, ia adalah proses tubuh kita nak keluarkan baby. Waktu ini abdomen badan kita terasa seolah-olah menegang (contract) dan tak lama kemudian, ia akan dilate.

Waktu contract ini lah biasanya ibu rasa tak tahan. Waktu ini lah biasanya segala perumpamaan bersalin itu sakit mula keluar.

Yang sebenarnya kita boleh kawal rasa ini walaupun tanpa epidural, dengan teknik pernafasan yang betul.

Just follow our body.

Semasa abdomen rahim contract, tarik nafas dalam-dalam. Seeloknya tutup mata untuk fokus tarik nafas.

P.s : Saya belajar with licensed practitioner cara buat pernafasan ini. Tapi sebagai overview, anda boleh check it out at this YouTube

Waktu ini lah segala gangguan dari nurse adalah amat tidak digalakkan. Sebab itu rasanya hospital yang amalkan Gentle Birthing seperti Hospital Pantai hanya benarkan seorang sahaja nurse masuk dalam labor room sewaktu ibu in labor.

Selesai kita rasa contract tersebut habis, rahim kita akan dilate. Masa ini hembuskan nafas ke dalam tubuh.

Bukan hembus ke luar, tapi ke dalam.

Setiap kali dilate, rahim akan terbuka sedikit demi sedikit.

Tapi tak perlu check bukaan dengan kerap sebab ia akan menyebabkan kita stress.

Bila ibu stress, bukaan yang dilated tadi akan tertutup semula.

Pada saya, part J Breathing ini lah yang paling penting antara semua persediaan.

Tak buat perineum massage pun takpe. Tapi J Breathing memang saya wajibkan diri saya untuk praktis.

3/ Baca kisah bersalin yang menggembirakan

Apa yang kita baca, itu lah yang kita akan dapat.

Waktu-waktu begini biasanya saya akan cari birth story atau birth videos yang positive dan bertemakan Gentle Birthing.

Ia membantu menyediakan mindset saya untuk pengalaman bersalin seperti yang saya mahu.

4/ Preparation for anything

Saya juga turut baca risiko-risiko yang berlaku semasa bersalin. Bacaan ini bukan untuk menakutkan diri saya, tapi supaya saya bersedia what if that happen.

Sebagai contoh, jika tumpah darah, apa saya perlu buat immediately. Saya biasanya amalkan Alfalfa

Apa penyebab baby lemas dalam perut secara tiba-tiba – ia kerana ibu panik. Bila ibu panik, oxygen will be cut off into the womb, baby akan lemas.

Ibu panik banyak sebab, antaranya sebab kata-kata orang sekeliling yang sentiasa menakut-nakutkan ibu. Emosi ibu bersalin adalah sangat fragile.

Sebab itu saya juga sediakan skrip untuk suami saya bila saya in labor. Betul-betul ni, sebab waktu in labor, kita perlukan lots of support.

Setakat ini itu sahaja yang saya ingat. Insya-Allah bila ingat lagi, saya tambah ya.

Apa pula persediaan anda untuk tempoh semasa in labor nanti?

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.