4 Persediaan Emosi Semasa Berpantang

Shares

Berpantang sangat sinonim dengan meroyan atau emosi tak stabil. Selagi kita sendiri tak pernah melalui fasa pantang, selagi itu tak boleh mengata sangat bila baca berita ibu pantang meroyan atau terjun bangunan.

Saya sendiri masa pantang anak ketiga beberapa tahun lalu memang datang rasa emotional yang saya pun rasa kalau waktu lain, benda ni sangat remeh.

Tapi jangan underestimate sebab ia boleh membahayakan nyawa kita dan lebih teruk, nyawa baby.

4 Persediaan Emosi Semasa Berpantang

Antara persediaan emosi sebelum berpantang adalah :

#1: Kenal pasti kita nak ahli keluarga yang mana jaga kita semasa pantang

Jangan segan kalau kita lebih prefer suami jaga berbanding mak atau adik-beradik kita sendiri.

Ini berkaitan emosi kita. Kalau emosi kita ke laut, anak yang akan jadi mangsa. I’ve been there.

Jadi kalau nak suami jaga, cuba slow talk dengan suami tapi bukan dengan cara membebel ya.

Bagi cadangan how can we make this happen. Masa mengandung ni emosi kita boleh kira stabil lagi. Jadi sama-sama fikir.

Berterus-terang kepada suami walaupun kadang-kadang ada rasa segan, bagitahu yang sekejap ini sahaja. Cuba pujuk suami.

Kalau sepanjang mengandung ini kita ada banyak selisih faham dengan suami, saya cadangkan sebagai wanita, cuba invest beli dan baca buku mengenai hubungan dan komunikasi suami isteri ini; Women Are From Venus. Men Are From Mars.

Credit gambar : Wikipedia
Sangat berbaloi untuk rumahtangga yang sentiasa romantik dan bahagia.

Saya dan suami memang baca buku ini dan alhamdulillah komunikasi kami memang jelas. Kami juga belajar macam mana nak sampaikan rasa tak puas hati dalam cara yang tak menyakitkan hati sesiapa.

Kita sentiasa belajar walaupun dah berkahwin.

#2: Pemakanan semasa pantang

Kalau boleh draft dan study tentang pemakanan apa yang boleh bantu kita cergas bertenaga semasa pantang.

Bukan apa, kalau badan lesu letih, emosi akan bertambah celaru.

Mana lagi nak recover dalaman badan, nak attend baby baru lahir yang nak menyusu badan, nak layan letih kita lagi.

Badan bertenaga membantu kita menjadi lebih ceria.

Mana-mana yang kita rasa tak menjejaskan kesihatan dan beri tenaga, ambil lah.

#3: Mula belajar mengenai penyusuan, kalau pilih untuk menyusu badan

Menyusukan baby dalam pantang boleh jadi pengalaman yang agak mencabar.

Saya yang dah belajar teori penyusuan pun, bila hadapi cabaran menyusu dalam pantang, memang kadang-kadang rasa nak give up dan stress. Ini kan pula kalau langsung tak study apa-apa.

Belajar lah mengenai penyusuan dan cabaran-cabaran yang biasa ibu-ibu lain hadapi. Semasa mengandung ni, selalu lah kongsikan apa yang kita belajar itu dengan suami.

Nampak je dia macam dengar tak dengar, tapi sebenarnya dia masuk dalam kepala.

Kita perlu suami untuk turut memahami konsep penyusuan supaya bila kita rasa nak give-up, suami akan tolong bagi kata-kata perangsang dan sokongan.

Jangan pandang remeh peranan suami.

Antara yang mesti tahu adalah saiz perut baby di awal kelahiran dan sebenarnya baby menangis bukan hanya sebab nak menyusu.
Credit gambar : health-and-parenting.com

#4: Invest Confinement Service

Kalau berkemampuan, invest lah sedikit untuk ambil khidmat nurse atau Confinement Lady untuk bantu ringankan sedikit sebanyak urusan kita semasa berpantang.

Ahli keluarga mungkin boleh bantu, tapi bila upah orang luar untuk membantu, tak lah segan sangat kita nak mengada-ngada minta itu ini, kan.

Baiklah sekian sahaja perkongsian saya. Jangan sesekali ambil mudah bab emosi kita semasa berpantang tau.

Kalau boleh masa ni sahaja lah kita extra manja walaupun dah beranak-pinak. Bukan apa, memang risau bila dengar macam-macam berita tentang ibu dalam pantang yang tertekan dan akhirnya mengakhiri nyawanya dan baby baru lahir.

Cegah sebelum parah.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.