4 Makanan Untuk Elakkan Jangkitan GBS Semasa Bersalin

Shares

Artikel ini di tulis berdasarkan pengalaman seorang kenalan yang pernah positif GBS tetapi Alhamdulillah bersalin normal dan baby sihat tanpa memerlukan drip antibiotik semasa atau selepas bersalin.

GBS adalah Group B Streptococcus. Ia merupakan bakteria jahat yang hidup di bahagian vagina ibu mengandung.

GBS adalah sesuatu yang normal dan majoriti ibu mengandung memang ada GBS. Ramai ibu-ibu di hospital yang bersalin normal dan baby sihat biasanya tak perasan mereka ada GBS.

Ia tidak membahayakan kesihatan.

Cuma jika baby ada masalah kesihatan sejak dalam rahim ia mungkin mendatangkan kerisauan.

Antara risiko baby terkena jangkitan GBS termasuklah risiko kematian.

Di hospital swasta, biasanya ibu mengandung yang di test positif mempunyai GBS akan di beri Ampicillin (sejenis antibiotik), 4 kali sehari selama 5 hari.

Namun antibiotik ini, menurut kata Gynae, ia tetap tidak beri jaminan yang tubuh ibu akan bebas dari bakteria GBS.

Walaupun selepas ambil antibiotik, GBS tetap akan ada semasa bersalin. Jadi masa bersalin, ibu yang disahkan ada GBS akan perlu menjalani suntikan atau drip antibiotik. Pun begitu, selepas bersalin pun kemungkinan besar ibu dan baby tetap terpaksa ambil drip antibiotik tersebut.

GBS ini boleh di atasi melalui pemakanan dan nutrisi yang betul.

3 Petanda GBS Semasa In Labor

Antara petanda jangkitan GBS pada ibu semasa hampir nak bersalin termasuklah:

  1. Ibu mengalami demam semasa in labor
  2. Pecah ketuban selama lebih dari 18 jam
  3. Pecah ketuban sebelum usia kandungan 37 minggu

Cegah Dengan Menjaga Pemakanan

Jadi, apa precaution yang ibu perlu ambil supaya bebas GBS?

1/ Supplement Vitamin C

Jangkitan bakteria akan melemahkan membran kantung baby dan menyebabkan pecah ketuban terlalu awal.

Jadi ibu disarankan untuk perbanyakkan ambil supplement Vitamin C semulajadi dan banyakkan makan makanan sumber Vitamin C untuk kuatkan sistem imun di bahagian vagina.

Sistem imun yang kuat boleh melawan bakteria.

2/ Bawang putih

Bawang putih terkenal sebagai bahan semulajadi untuk melawan yis dan jangkitan bakteria di bahagian vagina.

Cuba amalkan Supplement Garlic semulajadi atau tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air. Minum air tersebut.

Kalau lalu, makan bawang putih mentah.

P.s : Bawang putih bagus di tumbuk untuk mengeluarkan allicin iaitu mekanisma pertahanan semulajadi bawang putih

3/ Probiotik

Dalam badan kita mesti perlu ada bakteria baik untuk melawan bakteria jahat.

Makanan probiotik bertindak untuk membanyakkan bakteria baik dalam badan untuk melawan bakteria jahat seperti GBS.

Contoh makanan probiotik adalah seperti yogurt, cheese dan kefir.

Credit gambar : Pinterest

4/ Pantang makanan terproses

Sekiranya boleh, hentikan pemakanan seperti gula putih, tepung putih, makanan beryis dan makanan terproses seperti makanan dalam tin.

Semua ini merupakan makanan kegemaran bakteria GBS.

Buat sementara waktu sepanjang mengandung, cuba gantikan gula putih dengan pemanis seperti honey atau serbuk kulit kayu manis.

Semoga artikel ini membantu ibu-ibu yang positif GBS dan juga untuk pencegahan buat kita yang negatif GBS.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.