4 Cara Elakkan Keguguran Berulang Bermula Dari Fasa Sebelum Baby Melekat Dalam Rahim

Shares

Majoriti ibu yang nampak double line pada alat pregnancy kit mesti berharap kandungan mereka selamat hingga ke tempoh bersalin.

Tapi kadang-kadang tu terdapat perkara yang tak dapat elak, keguguran berlaku.

Keguguran berlaku bukan lah atas salah ibu. Selalunya keguguran di trimester pertama berlaku sebab ada masalah pada fetus itu sendiri.

Contohnya masalah kromosom yang tidak normal, atau masalah ada defect pada pembentukan fetus dan menyebabkan ia gugur.

Sebelum ini saya pernah gugur dan minta doktor buat pemeriksaan. Kata doktor, selepas buat ujian darah, didapati baby saya ada defect, jadi ianya digugurkan secara semulajadi oleh tubuh.

Bimbang juga jika kehamilan berterusan, baby akan lahir dalam keadaan tak sempurna. Ada hikmah dalam sebuah kejadian.

Credit gambar : aquinoacupuncture.com

Hal yang berlaku dalam rahim adalah di luar kawalan kita, tapi kita tetap boleh ambil pencegahan supaya ianya tidak berulang. Ianya berkait rapat dengan tubuh kita sendiri sebagai rumah untuk baby.

Kita sediakan rumah yang penuh nutrisi dan kuat sistem imun, semoga ini membantu pembentukan baby yang lebih sihat.

4 Cara Elakkan Keguguran Daripada Berulang

Hari ini saya kongsikan 4 cara kita boleh usahakan supaya keguguran tak lagi berulang untuk kehamilan kita yang akan datang.

Sebelum di sahkan hamil, iaitu sebelum embryo melekat di dinding rahim, ibu di galakkan untuk menyediakan ‘rumah’ iaitu rahim yang sihat.

Antaranya ibu disarankan untuk :

1/ Rajin bersenam

Supaya pengaliran darah lancar. Bila baby lekat di dinding rahim nanti, pengaliran darah kepada baby pun jadi lancar tanpa masalah.

2/ Makan makanan sihat

Makanan yang sihat membekalkan vitamin dan nutrisi kepada tubuh dan organ-organ ibu termasuk lah kepada rahim ibu.

Vitamin dan nutrisi ini penting untuk menyokong perkembangan baby yang sempurna kelak.

Sebaliknya kalau ibu makan makanan rapu tidak berkhasiat, kandungan dari makanan jenis ini akan menghasilkan racun-racun kecil dalam tubuh ibu yang dipanggil toksik.

Ia mungkin tak mendatangkan bahaya buat ibu, tapi untuk fetus yang bakal melekat dalam rahim yang baru sahaja nak memulakan hidup, racun-racun kecil ini agak merbahaya.

Umpama pokok.

Kalau pokok dah besar berakar tunjang, datang lah cahaya matahari terik sekalipun, pokok tersebut tiada masalah.

Tapi kalau pokok yang sama tapi versi dari peringkat anak benih; sahaja nak tumbuh, tiba-tiba kena cahaya mentari yang terik; ianya boleh cepat mati.

3/ Urus stress

Stress boleh menyebabkan salur darah dalam tubuh ibu mengecut.

Kalau ada fetus mula melekat pada rahim ibu, ia pasti sangat memerlukan nutrien yang banyak dari ibunya. Nutrien ini pula hanya akan disalurkan melalui darah dan pengaliran darah yang lancar.

Tapi kalau darah mengecut, dikhuatiri pertumbuhan fetus akan terganggu dan seterusnya menyebabkan keguguran.

Jadi mulai sekarang cuba ibu berlatih urus stress dengan baik. Banyakkan senyuman dan baik sangka.

Kalau tak suka sesuatu tu, jangan fikir sangat sampai buat stress. Alihkan perhatian kepada perkara yang menggembirakan.

4/ Amalkan Supplement

Supplement semulajadi berfungsi untuk menampung kekurangan nutrisi dari makanan harian ibu mengandung.

Kata lah ibu dah rajin minum susu untuk dapatkan kalsium san magnesium; tapi ibu masih rasa sakit-sakit pinggang dan sakit sakit belakang.

Ini adalah petanda susu yang ibu minum belun cukup membekalkan kalsium untuk ibu. Jadi sebaiknya top-up atau tampung lah pemakanan dengan supplement semulajadi.

Bila tubuh ibu kaya nutrisi dan sihat, insya-Allah ini merupakan salah satu ikhtiar untuk cegah keguguran dari berulang.

Semoga perkongsian ini membantu beri sedikit cahaya harapan untuk ibu-ibu yang sedang cuba untuk mengandung semula selepas keguguran.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755
Whatsapp : 019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.