4 Amalan Terbaik Ibu Mengandung

Shares
Mengandung merupakan salah satu detik terpenting untuk pembesaran bayi di dalam rahim ibu. Di waktu ini, bayi sangat rapat dengan ibu, berada bersama ibu pada setiap waktu.

Justeru, saya ingin berkongsi beberapa amalan yang bagus ibu amalkan semasa mengandung sebagai persediaan untuk menyambut kelahiran bayi nanti.

4 amalan terbaik untuk ibu mengandung:

  1. Pastikan makanan sentiasa lengkap dengan zat dan nutrisiIbu perlu memastikan makanan ibu sentiasa lengkap dengan zat dan nutrisi untuk memastikan pertumbuhan bayi yang sempurna dan kesihatan ibu berapa di tahap terbaik.

    Ibu boleh memilih untuk mengambil vitamin Set Kehamilan Shaklee jika ragu-ragu sama ada tubuh ibu cukup zat atau tidak.

  2. Rajin baca QuranAyat-ayat quran adalah cahaya. Bila kita bacakan ayat quran kepada diri sendiri, hati yang kotor akan dicuci dan dibersihkan.

    Bila membaca terjemahan ayat quran, ia boleh menenangkan hati kita dan memberi banyak pengajaran.

    Pastikan pertumbuhan bayi dalam rahim dilimpahi dengan sinaran cahaya al-quran. Moga setelah lahir nanti, bayi kita akan menjadi seorang pencinta al-Quran.

  3. Penuhkan diri dengan ilmu berkaitan kelahiran bayiKebanyakan ibu yang pertama kali nak melahirkan anak pasti akan merasa takut dan seram sejuk.

    Bahkan ada juga ibu yang anak ke-5 dan ke-6 masih takut untuk bersalin.

    Di sini saya suka untuk berkongsi sedikit preview tentang bersalin menggunakan teknik HypnoBirth.

    Tahukah ibu, sebenarnya bersalin adalah sebuah proses yang indah dan enjoyable dan sangat menarik.

    Bersalin tak perlu hadir dengan rasa sakit. Ya saya pernah mengalami bersalin tanpa perasaan sakit atau perit, tapi tanpa bantuan dadah seperti epidural atau ubat tahan sakit yang lain.

    Ia bukan kerana saya kuat tahan sakit sebab saya dengan minyak panas pun saya tak tahan. Tapi sebab saya belajar sebuah konsep iaitu HypnoBirth.

    Bersalin juga tidak memerlukan ibu push bayi, bayi pandai keluar sendiri bila tiba masanya.

    Ibu boleh baca sedikit sebanyak perkongsian mengenai HypnoBirth di blog peribadi saya.

    Ibu sangat di alu-alukan untuk menuntut ilmu berharga ini di HypnoBirthing Malaysia (sifu saya) atau Birth With Ayuni.

    Berbaloi setiap sen yang ibu belanjakan.

    Ibu juga dijemput untuk baca kisah kelahiran anak pertama saya secara HypnoBirth di Hospital PUSRAWI, dan kelahiran anak kedua saya di rumah.

    Klik untuk video-video kelahiran berkaitan gentle birth

  4. Penuhkan diri dengan ilmu berkaitan penjagaan bayiWaktu mengandung memang seronok, install aplikasi dalam handphone dan lihat pembesaran bayi setiap minggu, scan bayi semasa berjumpa gynae, teka-teka gender bayi.

    Tapi satu perkara yang ibu dikira wajib belajar semasa tempoh mengandung termasuklah, penjagaan bayi.

    Penjagaan bayi termasuklah isu penyusuan bayi (bagi ibu yang bercadang untuk menyusukan bayi dengan susu ibu), isu bayi perut masuk angin, isu jaundice dan banyak lagi.

    Penyusuan bayi sangat memerlukan ilmu.

    Sebagai contoh, 3 hari pertama selepas kelahiran bayi, ibu tidak akan menghasilkan susu yang memancut-mancut atau melimpah ruah.

    Ini adalah sangat normal kerana payudara sedang menghasilkan kolostrum dalam kuantiti yang sangat sedikit, tetapi sangat mengenyangkan bayi.

    Waktu begini, saiz perut bayi hanya sebesar biji guli. Boleh baca lebih lanjut tentang tips penyusuan di blog peribadi saya.

    Jika bayi kekal menangis, ia mungkin disebabkan masalah angin, ibu tersalah makan atau semudah bayi rasa kurang selesa sebab sedang berpindah alam dari alam rahim yang selesa ke alam dunia yang rasa janggal.

    Begitu juga dengan jika bayi masuk angin, ibu perlu ketahui beberapa teknik urutan dan jenis-jenis makanan yang ibu perlu elakkan supaya tidak menyebabkan angin.

    Amalan Ibu Mengandung Bayi Masuk Angin
    Salah satu teknik urutan bayi

    Dunia keibuan memang tak mudah, tapi dengan ilmu, insya-Allah ibu dan ayah pasti enjoy setiap waktu bersama bayi yang bakal lahir

Cukup rasanya saya kongsikan 4 amalan terbaik untuk ibu mengandung.
Insya-Allah di lain hari, saya akan kongsikan lagi mengenai senama ibu mengandung, surah terbaik untuk ibu mengandung dan banyak lagi.
Khadeejah Hasmad
WhatsApp ” 019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.