3 Tips Elakkan Baby Jaundice Seawal Kehamilan

Shares

Jaundice yang berlaku kepada bayi baru lahir adalah disebabkan oleh organ hati bayi masih belum cukup matang.

Hati fungsinya adalah untuk proses dan buang toksin dalam badan.

Bila hati bayi belum matang dan terlalu banyak toksin dalam badan bayi, hati bayi tak dapat proses semua toksin dan bilirubin pun keluar sekaligus menjadi penyebab jaundice.

Syukur Alhamdulillah setakat ini 3 anak saya tak pernah dimasukkan ke wad asbab jaundice.

Credit Gambar : Website Momjunction

Saya ingin kongsikan yang kita sebagai ibu mengandung boleh buat untuk elak bayi lepas bersalin nanti kena jaundice adalah :

🧣Elakkan makanan rapu, kurangkan makanan berproses atau ‘instant’

Ini kerana semua ini mengumpul toksin dalam badan. Risau ianya akan turut berkumpul dalam badan bayi dalam rahim.

Sekaligus menyebabkan bila lahir, hati bayi terpaksa bekerja keras untuk buang toksin tersebut, dan oleh kerana ia belum matang, bayi kena jaundice.

🧣Banyakkan makan sayur dan buah-buahan

Ini kerana sayur dan buah-buahan terkenal sebagai ‘makanan pembersih tubuh’. Sayur bersifat fiber. Fiber ini bagus untuk bersihkan badan dari toksin.

Pun begitu, hati-hati memilih sayur. Ini kerana terdapat desas-desus mengatakan sayur dari Cameron Highland agak penuh dengan racun serangga sehinggakan petani yang tanam sayur itu pun tak mahu makan sayur yang mereka tanam.

Berbahaya untuk kesihatan.

Boleh cuba pilih sayur dari Genting Highlands atau sayur dari kawasan lain.

Tips : Kalau sayur itu berlubang macam di makan ulat, ia petanda sayur tersebut sihat di makan.

🧣Banyakkan minuman dan makanan yang bersifat detoks.

Detoks bermaksud mengeluar toksin.

Sebagai contoh air barli, air lemon. Di samping itu kurangkan pengambilan kafein yang mengumpul toksin.

Paling mudah adalah air masak. Elakkan air berkarbonat dan air berperisa kerana ianya tinggi kandungan gula.

Gula akan menambah toksin dalam badan dan dikhuatiri akan merisikokan bayi kena jaundice.

Kurangkan makan daging sebab badan perlukan masa yang lama untuk hadamkan daging. Ini menyebabkan badan susah nak buang apa-apa toksin dalam badan.

Apabila memilih ikan, sebaiknya pilih ikan seperti salmon, tilapia, ikan keli. Elakkan ikan yang desas-desus menyatakan tinggi kandungan merkuri.

Kita ikhtiar di pihak kita sambil banyakkan doa. Semoga bayi kita yang bakal lahir nanti bebas dari jaundice dan tak perlu warded.

Khadeejah Hasmad

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.