3 Tips elak sembelit semasa berpantang

Shares

Lepas pantang nanti antara masalah sejagat ibu pantang adalah sangat susah nak buang air besar. Macam azab rasanya nak meneran.

Saya pernah kena sekali semasa pantang anak pertama. Lama duduk dalam bilik air tapi tak berjaya membuang.

Ini mungkin berlaku atas beberapa sebab.

Antaranya sebab :

  • Otot perineum membengkak, atau
  • Sebab masa in labor tak makan apa-apa, atau
  • Sebab ambil painkiller semasa bersalin (painkiller mengganggu sistem penghadaman) atau
  • Sebab ibu menjalani c-section

Kalau dibiarkan, dikhuatiri sembelit ini akan jadi buasir berdarah.

Kita tak mahu, kan. Kalau boleh kita nak cepat-cepat pulih semasa pantang.

Credit gambar : checkpregnancy.com

3 Cara Rawat Sembelit Semasa Pantang

Izinkan saya kongsikan 3 tips mudah untuk atasi masalah sembelit semasa pantang yang saya mula amalkan bermula pantang anak kedua.

#1: Minum banyak air masak

Air masak bantu melawas. Ambil 3 liter sehari untuk bantu pulihkan semula dalaman badan dan juga supaya badan tak dehydrated.

Kalau badan dehydrated, ibu pantang mudah kena sembelit dan susu pun sikit.

#2: Makan makanan berserat

Contohnya seperti buah oren dan sayur-sayuran hijau.

Makanan berserat ini mudah lawas dan bantu sistem penghadaman buat kerja dengan efisien.

#3: Amalkan supplement tambahan

Seperti Vivix atau jika lebih suka makan tablet, boleh ambil gabungan Alfalfa dan Ostematrix.

Supplement ini membantu melawas sekaligus melembutkan najis. Maksudnya kita memang rasa nak buang air besar, tapi kita tak perlu teran sebab najis kita dah pun lembut siap-siap.

Jadi tak lah rasa stress dalam bilik air.

Semoga tips-tips yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk anda yang bakal bersalin dan sedang dalam pantang.

Untuk dapatkan supplement Vivix (RM 503.50) atau gabungan Alfalfa dan Ostematrix, anda boleh hubungi saya di :

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.