3 Sebab Rambut Gugur Yang Ibu Mengandung Mesti Tahu

Shares

Kajian menunjukkan 40-50% wanita mengandung mengalami masalah rambut gugur. Masalah ini sementara sahaja, insya-Allah lepas bersalin, rambut dah tak banyak gugur seperti masa mengandung.

Rambut mungkin menjadi lebih kering dari biasa disebabkan oleh hormon progestrone yang tinggi semasa mengandung.

Rambut yang kering menyebabkan rambut rapuh dan mudah pecah di akar rambut.

Antara sebab-sebab lain rambut mudah gugur semasa mengandung termasuklah :

1/ Tak cukup zat

Badan kita memerlukan nutrisi dan zat lebih banyak semasa mengandung berbanding sebelum mengandung.

Ini disebabkan oleh badan kita nak tampung keperluan badan kita, dan pada masa yang sama perlu tampung keperluan untuk perkembangan baby.

Kurangnya Zat Besi, Protein, vitamin dan mineral yang lain boleh menyebabkan rambut tak dapat cukup makanan dan menyebabkan rambut cepat gugur.

Muntah-muntah disebabkan oleh loya juga boleh menyebabkan banyak zat dan nutrisi tak dapat diserap dengan baik oleh badan, secara tak langsung menyebabkan rambut mudah gugur semasa mengandung.

2/ Perubahan hormon

Perubahan hormon dalam badan kita sedikit sebanyak mengganggu fasa pertumbuhan rambut dan seterusnya boleh menyebabkan rambut banyak gugur semasa mengandung.

Hormon berubah ni memang tak boleh nak dielakkan sebab ini adalah situasi normal hormon dalam tubuh ibu mengandung.

Credit gambar : https://www.hellodoctor.co.za/how-much-hair-loss-is-normal-in-women/

3/ Hormon Thyroid yang tak mencukupi

Hypothyroid adalah bila badan tak cukup hasilkan hormon thyroid.

Hormon thyroid penting untuk menseimbangkan sistem penghadaman, kesihatan mental serta kesihatan kuku dan rambut.

Bila hormon thyroid tak mencukupi, secara tak langsung rambut pun mudah gugur.

Rambut gugur bukan lah masalah yang kritikal. Tapi kalau terlalu banyak rambut gugur, bagus jika kita tanya kepada Gynae.

Sementara itu cuba jaga pemakanan agar cukup zat dan nutrisi supaya rambut ‘cukup makan’

Insya-Allah di lain masa, saya akan berkongsi tentang cara elakkan atau kurangkan rambut gugur semasa mengandung.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.