3 Penyebab Baby Lambat Keluar Semasa Bersalin & Apa Kita Boleh Usahakan

Shares

Ada baby keluar dengan sangat mudah masa bersalin. Tapi ada baby walaupun dah bukaan 10 cm penuh, pun tak keluar-keluar.

Mengikut pengalaman peribadi saya, ada banyak sebab baby keluar lambat dan kita boleh cuba atasi dalam kehamilan seterusnya.

1/ Stress dan Ibu Tak Bersedia

Masa bersalin anak pertama, walaupun bukaan rahim saya dah 10 cm, baby tetap tak keluar.

Saya perasan waktu ini saya sedang stress sebab terlalu ramai nurse di dalam bilik bersalin yang memaksa saya buat macam-macam.

Syukur tak lama selepas itu ada seorang nurse yang berusia, mungkin usia seorang nenek, beliau tak cakap apa-apa pun tapi datang pada saya dan masa itu semua orang senyap.

Alhamdulillah kehadiran nurse tersebut sangat membuatkan saya tenang dan terus mudah untuk baby keluar.

Jadi kalau boleh, minta lah pada doktor dan hospital supaya nurse yang masuk bilik bersalin kita maksimum seorang sahaja dah cukup.

Yang lain standby di luar sahaja.

2/ Posisi baby

Posisi yang paling optimum untuk baby lahir dengan mudah dikenali sebagai LOA atau Left Occiput Anterior.

Credit gambar : https://spinningbabies.com/

Masa baby dalam proses nak keluar dari rahim melalui laluan di vagina, walau macam mana pun kedudukan baby, Allah dah design dan program kan supaya baby akan berpusing untuk mudah keluar.

Jadi kalau nak baby cepat keluar, masa tempoh mengandung, amalkan posisi tidur dan posisi duduk yang betul.

Posisi yang betul akan membantu pengaliran darah yang baik kepada baby dan Insya-Allah biiznillah sekaligus bantu baby untuk berada di posisi LOA.

Waktu bersalin anak ketiga, Hannah keluar meluncur laju. Mula keluar kepala dan tak sampai 5 minit, terus keluar seluruh tubuh.

Terkejut juga kami sebab mudah betul. Alhamdulillah syukur.

3/ Otot yang kuat

Waktu bersalin anak kedua, Maryam, kepala Maryam keluar dahulu. Tapi lama stuck sebelum badannya keluar.

Usah risau jika baby stuck kepala sebab waktu ini baby masih bernafas menggunakan plasenta yang masih berada di dalam rahim.

Saya perasan mungkin penguncupan dan pengembangan otot vagina kurang kuat, jadi proses nak keluarkan badan Maryam agak memakan masa.

Untuk kuatkan otot di bahagian vagina ini, ibu di sarankan untuk rajin buat latihan kemutan, iaitu latihan di mana kita tahan vagina macam nak tahan kencing. Kemudian buka. Kemudian tahan lagi sekali dan ulang-ulang.

Credit gambar : Teish McAlaster

Latihan ini bagus untuk kuatkan bahagian pelvik kita iaitu bahagian yang sangat memainkan peranan besar semasa bersalin.

Setakat ini, 3 di atas adalah berdasarkan pembacaan, perbincangan dan paling penting adalah sebab saya dah lalui jadi saya faham kenapa sesuatu itu terjadi.

Setiap yang berlaku yang kita tak suka, kita boleh cari cara untuk atasi. Insya-Allah di lain masa saya kongsikan tips lain pula.

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.