3 Nutrisi Penting Untuk Perkembangan Otak Bayi Dalam Rahim

Shares

Setiap saat dalam rahim adalah berharga. Baru-baru ini kandungan adik saya mula terbuka 2 cm pada usia 34 minggu.

Gynae minta sabar dan tunggu sahaja bila baby nak keluar. Jangan paksa.

Beliau nyatakan yang setiap saat dalam rahim ibu, ada perkembangan baru pada baby.

Oleh itu penting sangat untuk pastikan pemakanan yang baik semasa mengandung untuk menyokong perkembangan bayi yang sihat dan sempurna.

Hari ini saya nak kongsikan 3 nutrisi penting untuk perkembangan otak bayi semasa ibu hamil.

🧣1 : Zat Besi

Zat besi berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam darah ke bahagian organ-organ yang lain.

Oksigen ini penting sebab cuba bayangkan kita tak cukup nafas, kita akan tercungap-cungap dan lemas, betul kan?

Kalau organ tak cukup oksigen, ia tak dapat berfungsi dengan baik. Begitu juga lah dengan otak bayi. Ia memerlukan oksigen yang di angkut oleh Zat Besi.

Oleh itu jangan culas untuk amalkan makanan kaya Zat Besi seperti sayur-sayuran, dan kekacang.

Seeloknya tambahkan juga dengan supplement Zat Besi.

🧣2 : Protein

Setiap sel dalam badan manusia terbentuk dari protein. Protein penting untuk membentuk sel yang sihat dan kuat.

Sel ini kemudian membentuk tisu dan organ yang. Kalau sel sihat dan kuat, insya-Allah organ pun sihat dan kuat.

Sel-sel dalam otak bayi juga memerlukan protein yang banyak supaya ianya terbentuk dengan sempurna.

Protein boleh di dapati dari makanan seperti ayam, ikan dan kacang soya.

🧣3 : Omega-3

Bahagian dalam otak manusia terdiri dari asid lemak sihat iaitu Omega-3

Bayangkan kalau bahan binaan otak ini tak cukup, ia umpama buat rumah tapi tak cukup sempurna.

Banyakkan makanan kaya Omega 3 seperti ikan salmon dan kekacang.

Dapatkan juga makanan tambahan (supplement) dari Gynae anda untuk pastikan bayi anda betul-betul dapat nutrisi-nutrisi di atas dengan cukup.

P.s : Anda juga boleh dapatkan supplement Vitamin Ibu Mengandung jenama Shaklee (Gynae approved, clinical tested & proven, semulajadi) dari saya :

Deeja Hasmad
ceriamengandung.blogspot.com
019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.