3 Falsafah Produk Shaklee : Part 1

Lebih dari 100 tahun, pelbagai generasi sangat mempercayai dan mengamalkan produk Shaklee dengan konsisten. Ini kerana Shaklee terbukti menghasilkan produk yang selamat secara semulajadi dan terbukti berkesan.

Misi Shaklee adalah untuk membantu manusia menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik. Untuk mencapai misi ini, Shaklee menghasilkan produk dengan menggunakan produk semulajadi yang sangat luar biasa dan membuatkan pengguna-pengguna Shaklee rasa teruja mahu berkongsi kebaikan dan keberkesanan Shaklee dengan kenalan-kenalan mereka.

3 Falsafah Utama Shaklee

Setiap bahan dalam setiap produk Shaklee dicipta untuk membantu perbaiki kesihatan, berfungsi dengan terbaik, lembut dan mesra alam.

Falsafah #1 : Produk Yang Selamat

Produk yang selamat pastinya dihasilkan oleh bahan-bahan yang berkualiti. Keselamatan menggunakan produk adalah sangat penting di Shaklee.

Bahan-bahan untuk produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard yang tinggi dan penyaringan yang ketat. Malah standard ketulenan Shaklee adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat.

Ini adalah untuk memastikan bahawa semua produk Shaklee adalah selamat. 8 bukti produk Shaklee berkualiti dan terbukti selamat

(1) Saringan Bahan Tercemar

Setiap bahan botani baru yang bakal dimasukkan ke dalam produk Shaklee wajib menjalani lebih dari 350 ujian bahan cemar, racun serangga dan bendasing. Shaklee turut menyaring untuk bahan cemar lain seperti logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.

Jika lulus, baru ia akan di gunakan. Jika tidak, maka ia tidak akan diteruskan.

(2)  Melebihi Syarat

Lebih daripada 250 ujian racun serangga yang dilakukan telah melebihi syarat yang ditetapkan oleh United States Pharmacopeia (USP)

(3) Lebih 100,000 Ujian Kualiti

Shaklee menjalankan lebih dari 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk Shaklee benar-benar selamat digunakan tanpa kesan sampingan.

(4) Tiada Pengawet

Di samping memastikan semua bahan yang digunakan adalah semulajadi, bebas dari bahan cemar dan terbaik, Shaklee juga memastikan produknya tiada bahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan.

Ini semua akan menjejaskan kesihatan manusia dan Shaklee tidak berkompromi dalam perkara ini.

(5) Bebas Gluten

Produk Shaklee tidak mengandungi gluten. Jadi jika anda alah atau sensitif terhadap gluten, anda boleh amalkan Shaklee dengan yakin. Dengan produk bebas gluten, Shaklee mahu penggunanya memiliki sistem penghadaman yang lebih sihat.

(6) Bebas GMO (Genetically Modified Organism)

Semua produk Shaklee adalah bebas GMO dan ini telah disahkan melalui IPP (Identity Preserved Program), iaitu pendekatan yang paling dipercayai untuk memastikan produk Shaklee bukan GMO dari peringkat biji benih sehingga ke proses pengilangan.

(7) Terbiodegradasi (Biodegradable)

Oleh kerana berpegang kepada prinsip selamat, berkesan dan mesra alam, produk Get Clean Home Care Shaklee (untuk kegunaan cucian rumah) adalah terbiodegradasi. Ia tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat.

Semua ini untuk memastikan tiada pencemaran dilakukan kepada planet bumi.

(8) Tidak diuji ke atas haiwan

Shaklee tidak melakukan ujian ke atas haiwan.

Kami percayakan kualiti. Kualiti adalah keutamaan.

  • Dr Forrest Shaklee

Mahu dapatkan produk Shaklee?

Hubungi saya :

Khadeejah Hasmad

Whatsapp : 019 477 3457

Shaklee ID : 858755

Email : [email protected]

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.