3 Cara Kawal Mengidam Makanan Tak Sihat Semasa Mengandung

Shares

Mengandung sering sinonim dengan mengidam makanan tertentu. Mengidam ini maksudnya tiba-tiba teringin nak makan sejenis makanan.

Kadang-kadang bila tak dapat apa yang di idamkan, ibu mengandung boleh jadi sayu dan bercelaru emosi.

Biasa lah. Hormon mengandung memang begitu.

Kalau mengidam makan buah atau makanan berkhasiat ok lagi.

Tapi ada sesetengah ibu mengidam minum minuman bergas, kadang ada yang mengidam makan manis-manis walaupun ada GDM; mengidam makanan begini tak disarankan diturutkan.

Apa perlu buat kalau kita mengidam bukan-bukan, atau mengidam sesuatu yang memudaratkan badan.

1/ Cuba berpada-pada

Contohnya kalau mengidam coklat, ambil sedikit sahaja coklat dan bukannya satu dulang brownies.

2/ Alihkan fokus

Contohnya baru lepas confirm GDM, tiba-tiba mengidam nak makan donut Krispy Kreme sebab ada kat lobi hospital.

Cuba ubah fokus dengan layan movie atau baca buku, apa-apa yang boleh lupakan kita pada donut tadi.

3/ Gantikan Dengan Buah-buahan

Kalau mengidam makanan manis-manis, cuba gantikan dengan buah-buahan yang manis seperti mangga, anggur dan oren yang lebih mendatangkan khasiat.

Banyakkan makan buah-buahan sejuk dan segar untuk ganti mengidam makanan tak berkhasiat.
Credit gambar : freeimages.com

Boleh juga amalkan yogurt sebab yogurt adalah makanan probiotik yang sihat dan bagus untuk elakkan keputihan.

Makanan manis yang tak berkhasiat kalau tak dikawal, boleh menyebabkan masalah keputihan atau kegatalan pada vagina ibu mengandung, di samping berisiko meningkatkan paras gula dalam badan.

Kalau mengidam jeruk yang masam-masam, cuba gantikan dengan mempelam muda atau epal hijau yang masam.

Jeruk ni bukan apa, ia mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Garam yang terlalu banyak pula boleh menyebabkan ibu mengandung mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Saya pun biasa mengidam nak makan itu ini semasa mengandung. Kadang masa rasa tekak sakit, tiba-tiba mengidam nak durian lah, cempedak lah.

Mana boleh, kan. Nanti bertambah sakit tekak.

Jadi nak tak kena belajar kawal mengidam tu.

Biasanya ibu-ibu kawal mengidam macam mana? Jom kongsikan.

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.