3 Cara Hilangkan Loya Semasa mengandung

Shares
 Menurut Baby Center, lebih kurang 75-80% ibu mengandung mengalami masalah loya dan alahan di awal kehamilan.

Ada ibu mengalami alahan ini hanya di waktu pagi, tapi terdapat juga ibu yang mengalami alahan ini sepanjang hari.

Kenali Penyebab Loya Semasa Hamil

Loya semasa hamil atau biasa dikenali sebagai morning sickness berlaku disebabkan perubahan hormon di dalam tubuh ibu.

Ia juga berkait rapat dengan bacaan gula dalam darah yang terlalu rendah. 

Bila bacaan gula dalam darah terlalu rendah, ibu akan lebih mudah rasa loya dan sangat cepat berasa letih.

3 Tips Menghilangkan Loya Semasa Hamil

Antara tips menghilangkan loya semasa hamil:

  1. Elakkan makan makanan pedasIni penting untuk mengelakkan perut kita berasid. Bila perut berasid, rasa loya lebih mudah datang, dan ibu lebih cenderung untuk muntah
  2. Banyakkan makan makanan ringan seperti biskutKebanyakan ibu hamil hilang selera untuk makan. Amalkan makan makanan ringan seperti biskut supaya perut tidak masuk angin.Jika perut mula masuk angin, ibu akan mudah menjadi loya
  3. Banyakkan makan makanan bersumber protein seperti telur rebus atau biskut. Tubuh kita akan mengambil masa yang panjang untuk menghadamkan protein.Ini akan membantu mengawal bacaan gula dalam darah agar ia tidak terlalu rendah.

Khadeejah Hasmad,

Whatsapp : 019 477 3457

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.