2 Video Birth Affirmation Yang Saya Dengar Sejak Hamil Anak Kedua

Shares

Birth affirmation dalam bahasa melayu bermaksud kata-kata yang kita ulang-ulang spesifik khas untuk persediaan semasa bersalin nanti. Mahu atau tidak, emosi ibu semasa bersalin adalah sangat rapuh walaupun ibu itu garang macam singa sekalipun.

Jadi bagi saya penting untuk tanam mindset positif terhadap proses bersalin itu sendiri; yang bersalin adalah normal, sesuatu yang tidak perlu ditakuti, sesuatu yang menyeronokkan.

Kalau anda dah biasa dengan positive self-talk, ia lebih kurang begitu lah.

Apa yang kita dengar setiap hari, ia akan jadi part of us. Iaitu secara tak langsung diri kita akan bertindak mengikut apa yang kita dengar setiap hari.

Sebab itu lah penting dalam kehidupan seharian sekalipun, kita mesti jaga dengan siapa kita bergaul, apa yang kita baca dan apa yang kita fikirkan.

Baiklah, hari ini saya nak kongsikan 2 video birth affirmation yang saya suka dengar dan ikut bermula 33 minggu kehamilan. Alhamdulillah saya mula sejak kehamilan anak kedua, anak ketiga dan kini saya teruskan untuk bayi yang keempat.

Kelahiran anak kedua dan anak ketiga memang mudah dan tenang. Dan semoga kelahiran baby yang seterusnya ini juga selamat, tenang, dan mudah.

1/ Video pertama ini dalam 11 minit

2/ Video kedua ini jika ada masa lebih, saya akan tutup mata dan perdengarkan birth affirmation hingga meresap dalam subconscious mind saya.

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.