2 Cara Putus Susu Semasa Mengandung

Shares

Menyusukan anak kecil semasa mengandung tiada masalah. Cuma ada ibu-ibu yang memang tak selesa meneruskan penyusuan bila dah mengandung.

Antaranya macam biasa, tak boleh dah nak bau anak kita (saya ada masalah macam ni dulu), rasa tak selesa sebab badan kita mengalami banyak perubahan dan pelbagai sebab lagi.

Normal lah ini, hormon mengandung memang buat kita rasa macam-macam.

Jangan salah kan diri cakap kita tak sayang anak kecil. Cuma mungkin tubuh kita perlukan rehat sekejap.

Ok saya nak kongsikan hari ini macam mana saya putuskan susu dengan anak kecil yang masa tu saya dah mengandung trimester pertama.

1/ Kerjasama dengan pasangan

Bila anak dah biasa menyusu dengan kita, memang tak dinafikan dia adalah lebih manja dan lebih attached dengan kita berbanding pasangan.

Jadi untuk perlahan-lahan pindahkan attachment tersebut kepada pasangan, minta pasangan untuk luangkan lebih masa dengan anak kita yang nak putus susu tadi.

Contohnya baca buku sama-sama, ajak pergi kedai sama-sama; tapi mesti lah tanpa kita.

Dan last sekali, ajar tidur dengan ayahnya.

Mula-mula memang meraung lah anak kita tak dapat pelukan ibunya sebelum tidur. Tapi lama-lama Insya-Allah ok.

Insya-Allah kalau konsisten, tak sampai seminggu pun dah ok.

2/ Sediakan alternatif

Contoh paling mudah adalah susu segar.

Anak saya memang tak pernah minum menggunakan botol. Jadi masa nak putus susu ni, kami bagi sama ada susu kotak atau susu segar tuang dalam cawan.

Alhamdulillah dia lebih menerima susu segar mungkin sebab tiada perasa tiruan seperti coklat atau strawberi.

Boleh juga guna cara beri anak makan banyak-banyak sampai kenyang hingga dia lupa tentang nak menyusu.
Credit gambar : http://motherhoodinstyle.net

Takat ini 2 tu je lah cara saya.

Cara sapu dengan serbuk kopi atau air sirap, saya tak pernah cuba sebab nanti saya sendiri rimas dan tak selesa.

Semoga perkongsian saya ini membantu beri sedikit idea kepada ibu mengandung yang sedang berusaha putuskan susu dengan anak kecil sekarang.

You can do it!

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.