10 Soalan Lazim Berkaitan Vivix

Shares

Badan yang sihat bermula dengan sel-sel dalam badan yang sihat.

Apa yang anda makan akan pergi kepada sel badan dan menentukan kesihatan secara keseluruhan.

Sekiranya anda makan makanan yang sihat, sel-sel badan akan kekal sihat dan anda akan cergas bertenaga dan segar sepanjang hari.

Jika anda makan makanan yang tidak sihat, mungkin makan hari ini tak nampak esok sakit, tetapi bahan-bahan yang tidak sihat tersebut akan mengganggu kesihatan sel-sel badan anda.

Soalan lazim vivix

Apa yang anda makan?

Satu sel rosak, mungkin tiada apa-apa.

Tetapi contohnya kalau separuh daripada jumlah semua sel pada buah pinggang rosak, lambat-laun ia akan mengganggu kesihatan buah pinggang dan menjurus kepada sakit buah pinggang seperti batu karang.

Kenali Radikal Bebas

Selain daripada pemakanan yang kurang sihat, sel-sel badan anda juga sering dirosakkan oleh radikal bebas secara automatik setiap hari.

Radikal bebas ini datang dalam pelbagai bentuk termasuklah melalui pendedahan kepada pencemaran alam sekitar setiap hari dan stress.

Soalan lazim vivix

Punca-punca radikal bebas

Radikal bebas adalah umpama batu-batu asteroid kecil yang melanggar sel-sel badan anda.

Kalau sikit sahaja, ia mungkin tidak mendatangkan kesan yang ketara.

Tetapi bayangkan kalau setiap hari sel-sel badan yang tidak mempunyai perlindungan bergeser dengan batu-batu asteroid, umpama planet bumi bergeser dengan asteroid; lama-lama ia akan rosak.

Perisai Untuk Sel Badan

Sel-sel badan anda memerlukan perisai atau perlindungan daripada serangan radikal bebas.

Menyedari hal yang tidak dapat dielakkan ini, Shaklee telah membuat ratusan ujian klinikal dan akhirnya menghasilkan supplement yang bernama Vivix.

Mahu tahu bagaimana Vivix boleh jadi perisai untuk sel-sel badan anda?

Teruskan membaca.

Vivix mengandungi Polyphenol yang sangat tinggi.

Apa itu Polyphenol?

Setiap buah-buahan mesti ada perisai untuk melindungi isi buah dari penyakit, serangan cuaca dan serangga.
Dalam buah seperti anggur, perisai mereka bernama polyphenol.

Perisai yang sama juga yang memberikan buah anggur warna ungu pekat.

Para saintis mengkaji perisai ini dan mendapati perisai dari buah anggur muscadine adalah sangat bermanfaat untuk turut menjadi perisai kepada sel badan manusia daripada di serang oleh radikal-radikal bebas.

Polyphenol akan bertindak menjadi antioksidan.

Antioksidan bekerja untuk meneutralkan radikal bebas supaya ia tidak lagi merosakkan sel-sel di dalam badan.

Perisai yang bernama polyphenol ini juga didapati membantu beri tenaga kepada sel-sel badan manusia di samping memperlahankan pembentukan AGE.

Apa itu AGE?

AGE adalah kata pendek untuk Advanced Glycation End-Product. AGE ini merupakan punca kepada sel menjadi semakin tua dan glucose intolerance.

Apabila sel badan anda terdedah kepada AGE, sel-sel akan mula longgar dan rosak.

Umpama kereta yang kita beli. Kereta baru beli rasa sedap pakai, brek pun masih mencengkam.

Tetapi semakin menginjak ke usia tua kereta, kereta tersebut akan mula rosak sana-sini, brek pun perlu tekan kuat-kuat.

Kereta ini boleh kuat semula jika ianya selalu di servis.

Begitu juga dengan kita manusia. Semakin berusia, badan kita akan semakin banyak yang mula rosak.

AGE muncul.

Kalau kulit berkedut mungkin hanya nampak tua di fizikal.

Tetapi kalau otot paru-paru, jantung dan hati mula berkedut dan tidak tegang, pelbagai penyakit akan mudah datang.

Tua juga merupakan petanda sistem imun semakin lemah.

Bila sistem imun lemah, badan akan mudah di serang oleh virus dan bakteria walaupun kadangkala virus tersebut tidak lah sebahaya mana.

Sebab itu warga emas lebih mudah di serang penyakit seperti penyakit tua dan lebih ramai hilang tenaga dan tidak cergas – ia kerana AGE sudah mula terbentuk dan tiada perisai untuk sel-sel dalam badan mereka.

10 Soalan Lazim Mengenai Vivix

Jika anda baru mahu mencuba Vivix dan mempunyai pelbagai soalan yang bermain di kepala, anda boleh hubungi kami terus atau kami kongsikan terlebih dahulu di sini 10 soalan lazim yang kerap ditanya mengenai Vivix.

#1 : Apa itu Vivix?

Vivix adalah supplement cecair yang mengandungi campuran pelbagai jenis polyphenol dari anggur muscadine, tumbuhan polyganum cuspidatum, buah European elderbbery dan lobak ungu.

Campuran ini telah di paten oleh Shaklee. Ia bermakna tiada syarikat lain yang boleh hasilkan campuran seperti Vivix Shaklee.

Campuran ini di hasilkan untuk meningkatkan kesihatan pengguna Vivix

#2 : Apa yang membuatkan anggur muscadine berbeza daripada anggur-anggur yang lain?

Selain daripada bukan mudah ditemui, anggur muscadine mempunyai profil polyphenol yang unik dan membuatkan dunia sains mengakui kebaikan anggur ini untuk beberapa aspek kesihatan.

Polyphenol di dalam anggur ini memberi perlindungan maksima dari serangan bakteria, yis, kulat, kemarau, keadaan terlalu lembab dan suhu yang melampau.

Anggur jenis lain adalah lebih mudah rosak apabila dibandingkan dengan anggur muscadine apabila berhadapan dengan persekitaran yang mencabar.

#3 : Adakah ekstrak botani ini merupakan bahan-bahan antioksidan?

Kajian makmal menunjukkan campuran anggur muscadine, tumbuhan polyganum cuspidatum, European elderberry dan lobak ungu mampu bertindak sebagai antioksidan yang kuat.

Anti oksidan

Kajian klinikal telah membuktikan yang campuran bahan-bahan ini berjaya mengaktifkan pertahanan sel-sel badan dan mengelakkan radang yang biasanya terjadi akibat pengambilan makanan yang tidak sihat.

#4 : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?

Sebaiknya Vivix di ambil setiap hari bersama makanan. Maksudnya sejurus sebelum makan boleh ambil Vivix, atau sejurus selepas makan.

#5 : Bolehkan saya ambil Vivix bersama dengan supplement Shaklee yang lain?

Ya, boleh. Vivix boleh di ambil bersama supplement Shaklee yang lain.

#6 : Adakah terdapat apa-apa pantang larang semasa mengambil Vivix?

Tiada pantang larang semasa mengambil Vivix. Namun jika anda mengambil ubat mencairkan darah, dinasihatkan anda untuk berbincang dengan doktor tentang pengambilan Vivix.

#7 : Adakah Vivix mengandungi alkohol?

Vivix tidak mengandungi alkohol.

#8 : Mengapa saya perlu simpan Vivix di dalam peti sejuk selepas buka Vivix?

Penyejukan Vivix selepas anda buka botol Vivix membantu Vivix untuk kekalkan kesegaran Vivix, warna dan memastikan polyphenol di dalam Vivix sentiasa aktif.

#9 : Siapa yang perlu ambil Vivix?

Semua dewasa yang mahu kekal sihat dan mahu tua dalam keadaan tidak sakit-sakit, tua dalam keadaan masih cergas dan kuat badan – di galakkan untuk konsisten ambil Vivix.

#10 : Berapa botol Vivix yang bagus di ambil kalau baru nak ambil?

Jika anda seorang yang sihat dan tiada apa-apa penyakit, 2 botol Vivix adalah bagus untuk permulaan.

Ini kerana kebiasaannya pada botol pertama badan anda sedang cuba men-serasikan diri dengan kandungan polyphenol di dalam Vivix.

Pada tempoh ini, ada orang tiada masalah apa-apa, tetapi ada orang akan mengalami krisis penyembuhan seperti panas badan atau bersin-bersin.

Setiap orang mempunyai gaya makan dan gaya hidup yang berbeza. Jadi penerimaan badan setiap orang juga adalah berbeza.

Krisis penyembuhan ini adalah petanda polyphenol sedang membantu pulihkan penyakit dalaman badan yang belum muncul lagi, tetapi akan muncul.

Semasa ia berlaku, anda akan disarankan untuk minum air masak banyak-banyak untuk keluarkan segala toksin penyebab penyakit tersebut.

Setelah botol pertama habis, anda teruskan dengan Vivix botol kedua, insya-Allah kesan positif akan mula kelihatan – contohnya seperti badan lebih segar dan cergas, kulit akan jadi semakin licin, etc.

Saranan untuk pesakit penyakit kronik

Jika anda ambil Vivix untuk ibu atau ayah atau suami atau diri anda sendiri yang sedang melawan penyakit kronik seperti kanser atau kencing manis atau darah tinggi atau sakit jantung, anda perlukan sekurang-kurangnya 7 botol Vivix untuk permulaan.

Ini kerana penyakit kronik memerlukan lebih banyak dos polyphenol berbanding orang sihat.

Banyak bahagian dalaman badan yang telah dirosakkan oleh penyakit, dan semua kerosakan ini memerlukan bantuan Vivix untuk pulih semula supaya kesihatan anda kembali seperti biasa.

Anda masih boleh ambil Vivix jika sedang amalkan ubat doktor. Jarakkan kepada satu jam pemakanan.

Cara Dapatkan Vivix Shaklee

Untuk dapatkan Vivix, anda boleh klik link ini untuk tempahan 2 botol Shaklee (RM 1,007)

Jika anda mahu terus dapatkan 7 botol Vivix, klik link order 7 botol VIVIX (RM 3,524.50)

Anda juga boleh terus hubungi saya untuk tempahan dan lebih penjimatan :

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.